Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 7, 2025 @ 11:20am

Ratusan Sambut Di Lapangan Terbang, Greta Thunberg Simbol Wanita Berani – “Kami Bukan Hero! Apa Yang Kami Lakukan Hanyalah Sedikit”

Aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg tiba di Greece pada Selasa bersama ratusan aktivis lain yang diusir dari Isr**l selepas menyertai misi kemanusiaan menghantar bantuan ke Gaza.

Thunberg, 22, merupakan antara ratusan peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang berani mencuba menembusi sekatan laut Israel terhadap wilayah Gaza.

Ketibaan para aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens disambut meriah oleh kumpulan penyokong yang membawa sepanduk serta melaungkan slogan seperti ‘Kebebasan untuk Palestin’ dan ‘Hidup flotilla!’.

Menurut Thunberg menerusi perkongsian video tular,  misi tersebut merupakan usaha terbesar yang pernah dilakukan bagi memecahkan kepungan haram dan tidak berperikemanusiaan rejim Isr**l melalui laut.

“Kita tidak melihat sebarang tindakan minimum pun daripada kerajaan-kerajaan kita.

“Misi tersebut merupakan usaha terbesar yang pernah dilakukan bagi memecahkan kepungan haram dan tidak berperikemanusiaan.

“Kami bukan hero, apa yang kami lakukan ini hanyalah ‘bare minimum’. Ini bukan tentang kita tapi tentang Gaza.

“Tiada siapa yang akan datang dan menyelamatkan penduduk Palestin. Apa yang kita lakukan adalah mendengar dan melakukan sehabis baik untuk menentang masalah ini,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

ntv7、八度空间「第四届亚洲彩虹盛典」大放异彩!9项入围大获全胜

ntv7和八度空间前天公布获9项提名入围第四届亚洲彩虹盛典,昨晚(12日)在颁奖典礼上写下了傲人的全胜纪录,大放异彩!

Trending Sun, 25 Aug 2024

Keluarkan Single Pop Jazz, Hamba Cinta Serlah Sisi Berbeza Muzik Syamel

Mahu meneroka genre baharu dan mencari kelainan, penyanyi Syamel, 31, gembira apabila melancarkan single berjudul Hamba Cinta bermula 16 Ogos yang lalu. Membawakan rentak pop jazz menerusi buah tangan terbaharu ini, ia sedikit lari daripada […]

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Featured Fri, 21 Feb 2025
Trending Mon, 19 Apr 2021

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions menerusi hantaran terbaru di laman sosial milik Siti. “Isnin, 19 April 2021 […]

Featured Wed, 15 Jan 2025

Suki & Waris Terima Anugerah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua artis tersebut menerusi hantaran di Instagram mereka.

error: Content is protected !!