Euforia Bola 2026
Trending By: Afiq Kandi August 25, 2024 @ 2:34pm

Keluarkan Single Pop Jazz, Hamba Cinta Serlah Sisi Berbeza Muzik Syamel

Mahu meneroka genre baharu dan mencari kelainan, penyanyi Syamel, 31, gembira apabila melancarkan single berjudul Hamba Cinta bermula 16 Ogos yang lalu.

Membawakan rentak pop jazz menerusi buah tangan terbaharu ini, ia sedikit lari daripada kebiasaan bagaikan memberi semangat baharu kepada pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly.

Melihatkan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat sejak dilancarkan Jumaat lalu, Syamel bersyukur kerana karya baharunya itu diterima baik dan menganggap ia petanda dia berada di landasan yang betul apabila memilih sisi berbeza untuk naskhah kali ini.

Processed with VSCO with we preset

Syamel hanya mahu memberikan kelainan dan membuktikan bahawasanya muzik adalah sesuatu yang luas, sesiapa sahaja boleh meneroka potensi baharu untuk mencari kepuasan dalam berkarya.

“Sebagai penyanyi saya mahukan kelainan dalam repertoire sendiri terutama bila mengadakan persembahan. Semua pendengar mahu gembira menikmati muzik dan saya sendiri tidak mahu memberikan lagu berentak perlahan atau balada semata-mata.

“Bila bercerita mengenai muzik, kepelbagaian itu sangat penting. Muzik perlu dinikmati dengan seribu satu rasa. Harapnya mereka akan gembira menikmati Hamba Cinta pada masa akan datang,” katanya.

Intipati naskhah ini diambil daripada kisah hati yang menimpa sebuah perhubungan. Kasih sayang dan pengorbanan yang dibina akhirnya sia-sia dek pengkhianatan yang akhirnya membunuh sebuah kepercayaan seperti yang terjadi kepada kebanyakan pasangan.

Pada akhirnya, kasih sayang yang dibina bagai tiada harga dan mereka tidak lagi mahu menjadi hamba kepada sebuah perhubungan sebegitu.

Terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh Syamel bersama Yusuff Khan, Adam Armi dan Adly Kiddy yang bertindak selaku pencipta lagu ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini merupakan lagu paling banyak melalui perubahan susunan muzik sebelum masuk ke studio rakaman.

Meskipun ini merupakan kerjasama pertama antara mereka, ia dilakukan demi memastikan hasil akhir memberikan kepuasan buat semua yang terlibat di belakang tabir seterusnya diterjemah ke dalam sebuah muzik video (MV).

Kali ini, Syamel berani mengambil cabaran menggunakan pasukan baharu dalam penerbitan MV berkenaan. Beberapa kod rahsia dan mesej tersembunyi turut disuntik bagi memastikan apa yang ingin diterjemah sampai kepada pendengar.

Secara harfiahnya, Hamba Cinta merupakan permulaan kepada sebuah transisi besar yang akan berlaku kepada perjalanan seninya memandangkan dia bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia sudah merancangkan mahu menerbitkan sebuah album penuh bagi melengkapkan katarsis seninya.

Lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan terdiri daripada pelbagai genre seperti pop rock, RNB, pop jazz selain lagu balada yang sudah sebati dengan dirinya sejak memulakan karier seni.

Sebagai pengkarya, perubahan yang dilakukan juga seiring dengan kematangan dirinya yang mahu meneroka sisi lain sebelum mengeluarkan album penuh yang dijadualkan terlaksana pada tahun hadapan.

“Selain sibuk mempromosikan Hamba Cinta, saya juga sedang sibuk mengumpul dan menerbitkan material baharu untuk album tersebut. Semua itu perlukan masa dan saya tak mahu tergesa-gesa menerbitkan tanpa sebarang persediaan.

“Saya gembira kerana pihak syarikat rakaman memberikan kebebasan untuk berkarya dan banyak kelainan akan diberikan demi memastikan peminat puas dengan naskhah baharu yang akan diterbitkan nanti,” katanya yang sudah merakamkan dua buah lagu sebelum ini bersama Warner Music Malaysia.

Processed with VSCO with we preset

Meskipun mahu berubah angin, Syamel tidak akan sesekali meninggalkan lagu balada yang sudah sebati dengan dirinya. Dia faham kehendak sebahagian besar peminat masih tertumpu kepada genre berkenaan dan gembira memenuhi kemahuan mereka.

Berani memberikan kelainan, Hamba Cinta sebenarnya turut buat versi dangdut sebagai memenuhi kehendak semasa. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, versi berkenaan juga sedikit sebanyak menyerlahkan lagi sisi lain Syamel.

“Idea untuk menghasilkan lagu versi dangdut ini terhasil apabila melihatkan trend di TikTok. Saya mahu peminat mendengar dan melayan lagu ini sambil menari dan sebagainya. Bila melihatkan banyak versi begini mendapat sambutan, saya ambil cabaran ‘terjun’ sama.

“Harapnya peminat enjoy dan menikmati versi dangdut itu nanti,” katanya yang sedang merancang untuk mengadakan konsert solo sebagai simbolik kepada ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seninya.

Lagu ini sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos yang lalu disemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music. Video muzik lagu ini juga boleh ditonton melalui YouTube Warner Music Malaysia mulai 21 Ogos 2024 ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri. “Kita sebagai […]

Featured Thu, 17 Apr 2025

Dr Maza Puji Karya Erma Fatima – “Hebat Bagi Sebuah Karya Seni Yang Berjaya Bakar Jubah ‘Walid’..”

Naskhah yang disifatkan sebagai ‘teguran’ itu menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

Ziha Salleh Bawakan Dua Genre Dalam Cinta Malam Purnama

Tahniah Ziha dia atas single baharu!

Featured Sun, 26 Dec 2021

2 Ahli Kumpulan BTS, Rap Monster & Jin Positif Covid-19

Syarikat agensi kumpulan BTS, Big Hit Music memberitahu dua lagi ahli kumpulan itu, Rap Monster (RM) dan Jin telah dijangkiti wabak Covid-19 pada Sabtu selepas pulang dari konsert mereka di Amerika Syarikat. RM, 27, dan […]

error: Content is protected !!