Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 7, 2025 @ 3:05pm

Pemenang Filem Terbaik FFM 34 Bakal Terima Dana Kandungan Kreatif RM1 Juta

Pemenang kategori Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) bakal membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta sebagai insentif untuk terus menghasilkan karya berkualiti tinggi.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, pada majlis perasmian dan pengumuman Top 5 FFM 34 yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Nie Ching, pemberian dana tersebut melambangkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri filem tempatan agar mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemenang Filem Terbaik FFM 34 akan menerima sokongan menerusi Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta.

“Bantuan ini bukan sekadar hadiah kewangan semata-mata, tetapi satu bentuk dorongan untuk memastikan karya tempatan terus berkembang dan mendapat tempat di mata dunia,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; serta Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA), Pansha.

Bagi tahun ini, lima filem yang bersaing dalam kategori utama itu ialah Blood Brothers: Bara Naga, Soloz: Game of Life, Takluk: Lahad Datu, Reversi dan Babah.

Untuk rekod, tahun lalu filem Imaginur menerima DKK sebanyak RM500,000 selepas dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM33.

Dalam majlis sama, filem Blood Brothers: Bara Naga terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios mendominasi pencalonan FFM 34 dengan 13 senarai dalam pelbagai kategori utama.

Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu tersenarai untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta tiga tempat dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selain itu, Blood Brothers: Bara Naga turut dicalonkan bagi kategori Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik serta Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Filem aksi dan drama persaudaraan yang ditayangkan pada 10 April lalu itu mencatat kejayaan besar dengan kutipan pecah panggung RM76 juta, menjadikannya antara filem tempatan paling laris tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Trending Wed, 9 Oct 2019

Menteri Pengangkutan Umum Penguatkuasaan e-Hailing

Ini Peraturan Yang anda Perlu Tahu

Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Drama Thu, 27 Feb 2025

Alif Satar Curang? Bukan Sekadar Lafaz 2 Sarat Dengan Konflik & Emosi

Lebih banyak konflik dan dilema dalam Bukan Sekadar Lafaz 2. Saksikan!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Balasan Itu Benar! ‘Qifarah’ Hantui Pawagam Dengan Cerita Dosa & Penyesalan

Filem Qifarah penuh elemen seram, saksikan di pawagam terdekat anda!

error: Content is protected !!