Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2025 @ 4:48pm

Tanda Solidariti Untuk Palestin, Pinn Yang Salur Bantuan RM30,000 Bantu Gaza

Usahawan dan personaliti media sosial, Pinn Yang menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Pinn Yang berkongsi sebuah foto memaparkan tangkapan skrin menunjukkan resit bayaran atas talian kepada pemilik akaun Persatuan Cinta Gaza.

Bukan itu sahaja, Pinn Yang turut meletakkan ‘highlights’ di IG menunjukkan tanda solidariti terhadap Palestin.

Dunia dihebohkan dengan kekejaman pihak Isr**l yang telah menahan lebih 400 aktivis kemanusiaan misi bantuan Global Sumud Flotilla membabitkan beberapa delegasi dari seluruh negara, termasuklah 23 aktivis sukarelawan Malaysia yang turut dilaporkan ditahan dan didera secara fizikal serta mental.

Mereka yang terbabit dalam misi tersebut turut mendedahkan layanan kasar diterima sepanjang dalam tahanan, termasuk diugut, diherdik serta tidak diberi makan dan minum secukupnya.

Malah, pelakon dan sukarelawan, Ardell Aryana dikatakan ditumbuk di wajah, selain turut mengalami kecederaan bahu terkoyak, manakala PU Rahmat pula dipaksa dib*gelkan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, kesemua 23 aktivis kemanusiaan kini berada dalam keadaan selamat dan bakal tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9:50 malam ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Trending Wed, 9 Oct 2019

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan

Featured Thu, 27 May 2021

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun […]

Featured Thu, 16 Mar 2023

Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Uishhh, betul ke ni? Sampai mental and depressed individu tu 🥵

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

阿牛加入嘉宾阵容!山脚下演唱会「满满回忆杀」

山脚下男孩兄弟帮义气相挺同台演出,演唱会除之前宣布的了黄一飞、暌违多年再合体的年少外,连阿牛(陈庆祥)都点头答应参与演唱会,这个中秋节势必让大家带着满满的回忆杀啊!

error: Content is protected !!