Euforia Bola 2026
Drama By: Padin October 8, 2025 @ 4:32pm

Jeon Yeo-Been Ubah Segalanya Dalam Drama Terbaharu, Ms. Incognito! Saksikan Sekarang Di Tonton

Setiap manusia menyimpan rahsia, ada yang memilih untuk hidup dengan identiti sebenar, dan ada pula yang terpaksa bersembunyi di balik topeng demi keselamatan diri. Itulah dunia yang diterokai dalam drama baharu Korea, Ms. Incognito.

Mengangkat kisah penyamaran, kepercayaan dan pengkhianatan dalam suasana penuh misteri, Ms. Incognito mula ditayangkan serentak di Korea dan Malaysia bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton.

Diterajui oleh Jeon Yeo-been bersama Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo dan Joo Hyung-young, Ms. Incognito menyorot kisah Bu Se-mi (lakonan Jeon Yeo-been), wanita yang menjalani perkahwinan kontrak sambil menyembunyikan identiti sebenar demi melindungi rahsia besar milik majikannya.

Namun, hidupnya mula berubah apabila muncul Choi Dong-min (Jin-young), lelaki jujur yang tanpa sengaja mula menggugat penyamarannya.

Pertemuan tidak dirancang itu membawa mereka ke dalam hubungan yang kian rapat, tetapi kejujuran dan kepercayaan mula menjadi taruhan. Apabila rahsia mula terbongkar, Bu Se-mi terpaksa memilih antara menjaga identiti palsunya atau mempertahankan cintanya.

Naskhah tulisan Hyun Gyu-ri dengan sentuhan arahan Park Yoo-young ini menawarkan jalan cerita yang segar dan penuh debaran. Lakonan mantap barisan pelakon, konflik emosi yang mendalam serta kejutan yang tidak dijangka menjadikan setiap episodnya sarat dengan persoalan dan tanda tanya.

Ms. Incognito bukan sekadar kisah cinta atau penyamaran, tetapi juga cerminan sisi gelap manusia yang sanggup menipu dan berkorban demi bertahan. Setiap episod menyingkap rahsia baharu yang menguji kejujuran serta kesetiaan, menjadikan drama ini antara tontonan wajib buat peminat tegar K-drama.

Saksikan tayangan perdana Ms. Incognito setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.00 malam di Tonton. Untuk perkembangan terkini, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

“Saya Hilang Diri Sendiri, Segala Kontroversi Adalah Wake-Up Call…” – Ismail Izzani

Sabarlah Mael, inilah asam garam dalam dunia hiburan kann 😌

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Kembar Fazura yang terpisah ke ni? Cara cakap pun nak sama dah 😅😍

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Betul Ke Scha Tak Pakai Baju Atau…?

Pelakon Scha Alyahya antara selebriti wanita yang menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti akan menjadi perhatian. Baru-baru ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram miliknya mengundang […]

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Kisah Cinta Zul Ariffin Tergugat Angkara Godaan?

Siapa yang cuba gugat kesetiaan?

error: Content is protected !!