Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 4:37pm

Peminat Tentukan Siapa Paling Berpengaruh, OhBulan! Hidupkan Fenomena Digital Menerusi ‘OhBulan! Paling Viral Online’

Portal hiburan OhBulan! memperkenalkan OhBulan! Paling Viral Online, sebuah program digital yang disiarkan secara langsung di akaun rasmi TikTok OhBulan! bagi menghargai individu yang mencetus fenomena serta memberi impak besar dalam dunia digital dan hiburan.

Program ini diwujudkan bagi mengiktiraf kejayaan pelbagai pihak termasuk selebriti, pempengaruh media sosial, pencipta kandungan, usahawan, lagu, drama dan kelab peminat.

Apa yang menjadikan penganjuran ini istimewa ialah peminat diberikan kuasa penuh untuk menentukan pemenang melalui undian dalam talian sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka selama ini.

Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof berkata, OhBulan! Paling Viral Online bukan sekadar acara hiburan semata-mata, sebaliknya satu bentuk penghormatan kepada peminat yang memainkan peranan besar dalam mengangkat nama selebriti kesayangan mereka.

Menurut Zulaikha, penganjuran ini juga memperkenalkan kategori khas untuk kelab peminat yang sentiasa menunjukkan kesetiaan dan semangat luar biasa.

Sebanyak tujuh kategori utama akan dipertandingkan iaitu Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.

Proses undian akan berlangsung dari 29 September hingga 25 November 2025 dengan had 50 undian setiap hari. Lima finalis teratas akan diumumkan pada 1 Disember, manakala malam kemuncak dijadualkan pada 19 Disember 2025 dari jam 9 hingga 11 malam.

Untuk memperluas capaian promosi, OhBulan! turut melaksanakan strategi komprehensif merangkumi penerbitan artikel khas, penghasilan siri video pendek di platform TikTok dan YouTube, penerbitan podcast Show Dalam Bilik, serta kolaborasi dengan program TV3 seperti Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini.

Kerjasama turut dijalinkan bersama stesen radio Hot FM dan Kool 101. Orang ramai digalakkan menggunakan tanda pagar rasmi #ohbulanpalingviralonline di media sosial untuk menyemarakkan perbualan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman mikro rasmi www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Mar 2025

Sharnaaz Ahmad Sebak, Pertama Kali Beraya Tanpa Arwah Ayah – “Tahun Pertama Adalah Tahun Paling Sukar”

Sharnaaz Ahmad sebak kali pertama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran sosok seorang ayah.

Trending Thu, 4 Feb 2021

BPN 1.0 & BPN 2.0 Ringankan Beban Rakyat

Semoga segala bantuan yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Selebriti Thu, 23 May 2024
Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Ikatan Kita

Gadis ini merupakan anggota kumpulan Bahiyya Haneesa.

Events Wed, 11 Dec 2024

Kenyataan Fitnah, Tiada Perkahwinan Tengku Hassanal April Depan

Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja.

error: Content is protected !!