Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 9, 2025 @ 4:24pm

Ammar Ahyan Dapat Kereta Porsche, Netizen Komen -“ Tak Sia-Sia Kena Paksa Buat Live”

Pasangan usahawan popular, Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid berkongsi sepotong video pendek berupa kejutan yang dibuat untuk anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aliff dan Shahida memaklumkan, mereka sudah lama berhasrat menghadiahkan sebuah kereta kepada anak sulung mereka, Ammar yang bakal memulakan pengajian di sebuah kolej tidak lama lagi.

“Mama dengan Papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun dah besar, dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi balik kolej.

“Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dan cukup. Patut sampai awal kereta ni tapi ada delay sedikit. So, mama dengan papa tahu hari ni sampai tapi sebab nak surprise kan Ammar kita rahsiakan.  Nampak dia terkejut sangat bila nampak kereta baru dia,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida juga sempat menitipkan pesan agar anaknya itu sentiasa bersyukur, tidak mudah lupa diri, tidak meninggalkan solat dan sentiasa bersikap merendah diri.

“Inshaa-Allah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya.

“Untuk Ammar Ahyan, mama dengan papa nak pesan dah ada kereta ni jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik rezeki bila bila masa je jika hambanya tidak bersyukur,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat reaksi spontan Ammar sekali gus berseloroh bahawa kerja kerasnya melakukan sesi siaran langsung di TikTok meskipun dalam keadaan mengantuk akhirnya terbayar.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Apr 2019
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Sat, 10 Feb 2018

5 RANCANGAN HOT UNTUK DI TONTON SEPANJANG MINGGU INI!

Kalau korang peminat drama melayu, korea, mahupun drama dari negara luar tetapi asyik terlepas menonton drama kesukaan korang, ini antara 5 sebab kenapa semua patut layan drama kegemaran masing-masing di tonton!

Featured Sun, 7 May 2023
Hiburan Thu, 7 Feb 2019

’Jauhi Jantan Yang Buka Aib Mu’- Bapa Emma Maembong Luah Rasa

Sebilangan besar pengikut pengikut pelukis terkenal ini meninggalkan komen agar bersabar dengan dugaan dari Allah.

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

error: Content is protected !!