Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 9, 2025 @ 6:41pm

“Paru-Paru Kiri Penuh Air” – Koma 14 Hari, Sakit Darah Tinggi Jadi Titik Balik Hidup Sasi The Don, Kini Bangkit Dengan Album Baharu

Penyanyi rap terkenal, Sasi The Don berkongsi detik getir apabila diserang penyakit darah tinggi hingga koma selama 14 hari pada Mei lalu.

Menurut Sasi atau nama sebenarnya Sasidaran S. Narayanan, ketika kejadian dia sedang sibuk menyiapkan lagu untuk album terbaharunya.

“Saya jatuh sakit pada bulan Mei, ketika itu saya sedang bekerja keras menyiapkan album. Saya koma selama 14 hari dan dirawat di hospital hampir tiga minggu setengah.

“Pada awalnya saya tak sedar saya berada di hospital. Bila tersedar, saya ingat saya terlibat kemalangan rupanya akibat darah tinggi. Syukur sekarang saya kembali pulih,” katanya.

Sasi berkata, kejadian itu memberi kesedaran besar tentang pentingnya menjaga kesihatan, selain mengajarnya menghargai kehidupan dan muzik dengan lebih mendalam.

“Darah tinggi itu menyebabkan water retention dalam badan. Paru-paru kiri saya dipenuhi air sehingga berlaku jangkitan dan terdapat karbon monoksida dalam darah.

“Bila keluar hospital, saya tanya diri sendiri, enam album, lebih 100 lagu… tapi adakah itu pencapaian sebenar saya? Saya sedar kebahagiaan sebenar datang daripada diri sendiri,” katanya yang kini semakin pulih.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Anbe itu, muzik menjadi terapi dalam proses pemulihannya.

“Saya percaya muzik antara penawar terbaik saya. Setiap lagu yang saya hasilkan ada kisah tersendiri. Album kali ini saya ambil masa lapan bulan untuk siapkan, bermula sejak November tahun lalu,” ujarnya.

Sasi berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran album terbaharu berjudul My Perfect Yard, baru-baru ini.

Menariknya, album terbaharu Sasi turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi rock legenda, Datuk Awie, menerusi lagu Oh My Kawan.

“Album ini menjadi jambatan antara penyanyi lama dan baharu. Ia simbol kesinambungan seni dan semangat untuk terus berkarya.

“Sewaktu menulis lagu Oh My Kawan, saya sudah bayangkan Awie sebagai inspirasi. Liriknya saya tulis sendiri menggunakan Bahasa Melayu mudah difahami. Bila saya tunjuk padanya, saya sangka dia akan ubah tapi tidak, dia terus setuju,” jelas Sasi.

Sementara itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengakui kagum dengan keunikan karya Sasi dan enggan mengubah sebarang bahagian lagu berkenaan.

“Saya sebenarnya peminat Sasi. Lagu itu sudah cukup kuat dengan sentuhan dia sendiri. Kalau saya ubah, maknanya bukan karya asal lagi. Saya tak ubah sepatah pun,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Dec 2021

“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19. Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi […]

Featured Thu, 20 Oct 2022
Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

Comel! Gelagat Jebat Jayden ‘Review’ Makanan Undang Tawa Warganet – “Pak Mat Takut Tak?”

Anak kepada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sering meraih tawa warganet di media sosial dengan gelagat comel dan lucunya. @pakmatwestern Sharnaaz Ahmad dah warning😱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – […]

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Trending Thu, 13 Aug 2020

Maybank Kini Sediakan Tiga Pilihan Bantuan, Cara Mohon Lanjutan Moratorium

Jom tengok macam mana nak mohon menerusi Maybank

Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

error: Content is protected !!