Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin October 10, 2025 @ 12:33pm

SELCOFF 2025 Himpunkan Komuniti Kopi Serantau… Aizat Amdan, Bunga Turut Meriahkan Acara!

Bersedia untuk diserang aroma kopi dari seluruh rantau! Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025 bakal menjadi acara kopi paling hangat di Malaysia apabila berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober ini di The Curve, Damansara.

Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor, festival ini disifatkan sebagai yang terbesar di negeri itu, menghimpunkan lebih 30 jenama kopi tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Vietnam, Indonesia, Singapura dan beberapa negara serantau lain.

Menariknya, setiap sembilan daerah di Selangor turut diwakili, menjadikan SELCOFF 2025 sebagai pusat pertemuan terbesar untuk komuniti kopi, barista, pemilik kafe dan penggemar kopi dari seluruh rantau.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, festival ini bukan sekadar pesta kopi, tetapi ruang untuk membina ekosistem gaya hidup dan pelancongan baharu di Selangor.

“SELCOFF 2025 akan menjadi pentas utama memperkenalkan jenama kopi tempatan ke pasaran serantau dan global, selain memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab kopi dan destinasi pelancongan gaya hidup utama di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Selain deretan gerai kopi yang memanjakan deria, festival tiga hari ini turut dipenuhi aktiviti menarik seperti pameran kopi, pertandingan barista, bengkel dan forum industri, serta sesi interaktif bersama pakar kopi.

Acara kemuncak yang dinanti, ASEAN Barista Championships bakal mempertemukan barista terbaik Asia Tenggara dalam saingan sengit penuh gaya dan kepakaran.

Namun, bukan aroma kopi sahaja yang bakal menggamit perhatian! Pengunjung juga boleh menikmati konsert eksklusif dengan persembahan daripada Aizat Amdan, Bunga Isme, 6ixth Sense dan Tam Spider yang dijangka menghidupkan malam di The Curve dengan alunan muzik santai dan penuh tenaga.

Sebagai bonus, festival ini turut menyediakan gelanggang pickleball percuma untuk pengunjung mencuba sukan gaya hidup terkini, sesuai dengan misi mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di Selangor.

SELCOFF 2025 juga menyokong inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025 di bawah tema “Selangor Kan Ada”, yang menekankan pelancongan gaya hidup, gastronomi dan acara antarabangsa.

Dengan sasaran kehadiran lebih 30,000 pengunjung, SELCOFF 2025 bukan sekadar perayaan kopi, tetapi simbol gaya hidup moden, tempat di mana aroma, muzik dan budaya bersatu dalam satu pengalaman luar biasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018
Gaya Hidup Mon, 19 Dec 2022
Gaya Hidup Fri, 20 Jul 2018

Pening Bau Durian Dalam Kereta? Ini 5 Cara Paling ‘Win’ Untuk Atasinya

Janganlah biarkan bau durian melekat berhari-hari dalam kereta anda, buat pening kepala saja!

Featured Wed, 10 Jan 2018

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi […]

Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Featured Wed, 19 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Featured Sun, 30 Dec 2018

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Senang saja teknik ini dan anda takkan rasa penat sangat.

error: Content is protected !!