Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 14, 2025 @ 3:39pm

Antara Cinta, Agama & Restu, ‘Jika Itu Salahku’ Pertemukan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong

Tiada yang mudah apabila berbicara soal cinta, terutama apabila ia melibatkan dua jiwa dari dunia berbeza. Begitulah kisah yang ingin disampaikan menerusi drama terbaharu slot Lestary TV3, Jika Itu Salahku, yang bakal menemui penonton mulai 17 Oktober ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.

Menampilkan gandingan serasi Sophia Albarakbah dan Alvin Chong selaku teraju utama, drama 13 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini diadaptasi daripada novel karya Liza Nur, dengan sentuhan arahan Riza Baharuddin.

Sarat dengan nilai kemanusiaan, keinsafan dan konflik emosi, Jika Itu Salahku mengajak penonton menyelami perjalanan dua insan Asyiqeen (lakonan Sophia) dan Ashraff Ivan Tang (Alvin) yang mencari makna cinta, agama dan keikhlasan dalam kehidupan.

Turut membintangi drama ini ialah Dato’ Ziela Jalil, Fadilah Mansor, Shamsul Ghau Ghau dan Steve Yap, yang menghidupkan jalan cerita penuh konflik dan pengajaran.

Menurut Alvin Chong, membawa watak Ivan memberi pengalaman peribadi yang mendalam buat dirinya.

“Watak ini beri saya peluang memahami sisi spiritual yang jarang saya bawa dalam lakonan. Ia bukan sekadar kisah cinta, tetapi tentang pencarian diri dan keyakinan. Saya belajar bagaimana kasih dan kepercayaan boleh wujud walaupun dalam dunia berbeza,” katanya.

Kisah Jika Itu Salahku berpusat pada watak Asyiqeen, seorang gadis yang dibesarkan tanpa bimbingan agama dan terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adiknya, Balqis, yang menghidap sindrom Down. Hidup dalam penderitaan di bawah jagaan neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor), Asyiqeen akhirnya melalui tragedi yang mengubah arah hidupnya.

Pertemuannya dengan Ivan lelaki kacukan yang hidup bebas tanpa panduan membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Dari perbezaan itu lahir rasa cinta yang menguji bukan hanya hati, tetapi juga prinsip dan keimanan mereka.

Persoalannya, mampukah dua jiwa ini benar-benar bersatu di atas dasar keikhlasan, atau akhirnya tunduk kepada perbezaan agama yang memisahkan?

Drama ini boleh ditonton mulai Jumaat ini di slot Lestary TV3, manakala episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Events Sun, 25 Dec 2022

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Konsert 7Belas 6ixth Sense terbaik 😍

Hiburan Sun, 4 May 2025

Idea Live Arena Bakal Jadi Pemacu Baharu Industri Hiburan Negara

Idea Live Arena menjadi arena konsert dan acara tertutup terbesar dalam pusat beli-belah di Malaysia.

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

《MIB星际战警》外传主角是《雷神3》两大咖

经典电影《MIB星际战警》(Men in Black)确定再拍新作品,而且《雷神3》CP「雷神索尔」克里斯汉斯沃(Chris Hemsworth)、「女武神」泰莎汤普森(Tessa Thompson)再度合体担纲主角。

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kes Saman Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Belum Selesai

Tindakan lanjutan ini adalah untuk memberi pengajaran sebenarnya

Trending Fri, 16 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri Kini Diperketatkan Dengan Syarat…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dan masih belum stabil. Menurut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah […]

error: Content is protected !!