Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 15, 2025 @ 12:59pm

“Saya Bukan Burn Out Jaga Anak, Tapi Rindu Bila Terpaksa Tinggalkan” – Uqasha Senrose Jelaskan Salah Faham

Pelakon popular, Uqasha Senrose tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan kenyataannya mengenai luahan perasaan sebagai seorang ibu baru-baru ini.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, segelintir pihak tersalah tafsir apabila mendakwa dia keletihan atau ‘burn out’ dalam menjaga anak.

Jelasnya, apa yang dirasai sebenarnya adalah rindu dan berat hati setiap kali terpaksa meninggalkan anak kerana komitmen kerja.

“Saya meluahkan rasa rindu pada anak, bukan sebab penat jaga dia. Ya Allah, kenapa orang cakap saya burn out jaga anak?” katanya menerusi ruangan komen di Instagram.

Tambah aktres Tercipta Satu Ikatan itu, dia tidak pernah berasa terbeban membesarkan anak perempuannya, Hawra Uqaira, malah menganggap masa bersama si kecil sebagai detik paling berharga.

“Saya burn out sebab kena tinggalkan anak untuk kerja. Setiap kali dia menangis bila saya keluar rumah, hati saya rasa hancur,” luahnya.

Uqasha turut menegaskan, walau sesibuk mana pun jadualnya, dia akan mengutamakan masa bersama anak apabila mempunyai cuti.

“Saya siap sebut, kalau ada satu hari cuti pun saya akan ketepikan perkara lain semata-mata nak luangkan masa dengan anak. Tak pernah keluar dari mulut saya yang saya penat atau burn out jaga anak,” jelasnya lagi.

Terdahulu, rumah tangga Uqasha dan suaminya, pelakon Kamal Adli, menjadi bualan warganet selepas didakwa tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Keadaan itu semakin mengundang spekulasi apabila Uqasha turut memuat naik hantaran berbentuk luahan hati yang dikatakan menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Artikel Berkaitan: “She Stays Loyal, Even When She Was Hurting”- Muat Naik Petikan Tentang Kesetiaan, Luahan Hati Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tukang Masak Tak Dengar Cakap Punca Restoran Chef Wan Tutup?

Kalau orang lain, kedai tutup dia serabut. Berlainan pula bagi Chef Wan! Beliau dikatakan lega dan khabarnya berniat nak sedekah pisang di masjid. Jom dengar penjelasan beliau…

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Hiburan Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Siap Sedia Jadi CEO Stesen TV, Ac Mizal Sedia ‘Ubah Angin’

Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitkan program untuk TV3 selama setahun.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
error: Content is protected !!