Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 26, 2018 @ 5:27pm

Leagoo S10 Akan Hadir Dengan Sistem Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Sebuah syarikat pengeluar dari China, Leagoo dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru, Leagoo S10 tidak lama lagi. Apa yang menjadi tumpuan pada peranti ini ialah ia dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.

Teknologi yang pertama kali di bawa masuk oleh syarikat Vivo pada peranti X20 Plus UD ini biasanya akan hadir pada peranti kelas perdana. Apabila Leagoo S10 ini dilancarkan kelak, ia berkemungkinan besar akan menjadi peranti termurah yang menggunakan teknologi tersebut.

Kredit : Leagoo Smartphone@Youtube

Melihat kepada reka bentuk Leagoo S10 dalam video di atas, peranti ini kelihatan sama seperti iPhone X pada bahagian hadapannya. Manakala pada panel belakangnya pula kelihatan menggunakan tona warna yang pelbagai, hampir sama seperti Huawei P20 Pro.

Tiada maklumat berkenaan spesifikasi lain serta harga jualan peranti setakat hari ini. Namun, pemerhati industri menganggarkan ia tidak akan dijual pada harga melebihi $500(~RM2,030) memandangkan Leagoo S9 cuma dijual pada harga $300(~RM 1,218) semasa dilancarkan pada awal tahun ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 3 Dec 2017

Tips Bagaimana Membuat Tetapan Pada Modem Untuk Akses Ke Laman Yang Disekat

Untuk tips kali ini kami kongsikan tutorial untuk membuat tetapan DNS terus pada modem

TECH Fri, 20 Jul 2018

FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi. Apa itu G-Sync dan FreeSync? Dua terma tersebut […]

TECH Wed, 7 Nov 2018

每天加班怨叹没人生? 3大APP助你提升效率、准时下班

现代的上班族常常加班,若不想生活都被绑架,快点试试看这3个APP,立刻加速工作效率,助你准时打卡下班!

Automobile Thu, 25 Apr 2019
TECH Sun, 15 Jul 2018

Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad. Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan […]

TECH Thu, 23 Nov 2017

Cara Menukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah. Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan […]

TECH Tue, 2 Apr 2019

SilverPush Launches in Hong Kong, Expands APAC Operations

SilverPush is introducing the latest way of advertising; AI based marketing-technology.

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cemas Kalau iPhone Hilang, Ini Cara Yang Boleh Bantu Anda

Ada applikasi rupanya buat anda pengguna Iphone. Ingat untuk aktifkan ya!

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

error: Content is protected !!