Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2025 @ 1:33pm

Pelakon Lelaki Didakwa Jual Topi ‘The Cap City’ Tiruan, ‘Ketuk’ Pembeli Cecah RM100

Seorang pelakon lelaki didakwa menjual barangan tiruan berupa topi berjenama menerusi siaran langsung di TikTok dengan harga sekitar RM100 seunit.

Perkara itu terbongkar selepas pemilik sebenar jenama topi popular, The Cap City, tampil berkongsi video di TikTok miliknya bagi menjelaskan mengenai topi palsu berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, pemiliknya, Nigel Sparks, mendedahkan dirinya terkejut apabila seorang pelanggan mendakwa membeli topi The Cap City daripada seorang pelakon tempatan dengan harga RM100.

Menurut Nigel, dia menyedari topi yang ditunjukkan pelanggan itu bukan keluaran asli apabila terdapat pelekat (stiker) pada bahagian tertentu, sedangkan produk asal mereka tidak mempunyai sebarang pelekat.

“Yang original memang tiada stiker langsung. Bila saya nampak video tu, terus tahu itu bukan produk kami,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mula memetik nama pelakon terbabit dan mendesaknya tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

@nigelsparks

budak ini kena scam! 😔 pelakon jual topi fake the cap city‼️

♬ Everything In Its Right Place – SAD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Nampaknya, persaingan agak sengit dalam The Voice musim terbaharu ni.

Trending Tue, 23 Mar 2021
Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Hiburan Fri, 8 May 2026

Kristal OG Bukti 25 Tahun Masih Berbisa, Zepp KL Dibanjiri 2,500 Peminat

Lebih 2,500 peminat memenuhi Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bagi menyaksikan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Mon, 24 Feb 2025

“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Mengaku bersalah, Nora Ariffin akan turuti permintaan anak tiri minta cerai dengan Ustaz Rushdi Ramli

error: Content is protected !!