Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2025 @ 1:32pm

Elly Mazlein Reda Ada Kontrak Dibatalkan Selepas Berhijab – “Dah Tertulis Bukan Rezeki”

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Elly Mazlein mendedahkan beberapa kontrak kerja terpaksa dibatalkan selepas dia mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram (IG) miliknya, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, mengakui penghijrahannya itu datang dengan pelbagai ujian termasuk kehilangan beberapa tawaran kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.

“Ada yang tanya saya selepas berhiijrah ni macam mana dengan kerja? Saya faham dengan soalan itu. Jadi, memang betul selepas penghijrahan ini ada yang kontrak tiba-tiba ditamatkan, mana yang dah meeting tiba-tiba tarik diri.

“Macam-macam dugaan selepas berhijab, rezeki Allah datang dalam pelbagai cara dan pelbagai bentuk. Kita hanya manusia biasa, memang ada perasaan risau,” katanya.

Namun begitu, pelakon drama popular Kampung People itu tetap positif dan reda dengan ketentuan Ilahi, malah percaya setiap rezeki sudah diatur dengan sempurna.

“Insya-Allah, tak perlu rasa takut sebab akan ada rezeki untuk kita. Hilang dua tiga empat kerja, Insya-Allah, Allah Maha Besar.

“Saya mengharapkan sokongan terus daripada peminat, doakan yang baik-baik buat saya. Semoga kita dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dikelilingi orang yang baik-baik itu pun satu rezeki.

“Kita buat sahaja, selebihnya kita serah pada Allah. Jangan takut untuk berubah,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di portal hiburan XTRA, Elly turut menitipkan pesanan ringkas namun bermakna buat semua.

“Terima kasih, bersangka baik dengan Allah. Insya-Allah, Allah susun baik untuk kita semua,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Al-Fatihah

Events Sat, 23 Apr 2022
Events Fri, 8 Mar 2019

Co-labs Coworking Celebrates Women’s Day by Spreading Love and Goodness

What better way to show women they’re appreciated than to give them gifts of adoration.

Trending Fri, 26 Oct 2018

Jenama Apple & Samsung Didenda Kerana ‘Paksa’ Pelanggan

Apple didenda sebanyak 10 juta Euro (RM48 juta) manakala Samsung pula didenda sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta)!

Featured Sat, 21 Aug 2021
Trending Fri, 19 Oct 2018
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Leona secara terbuka puji Andy Teh ‘hot’, good looking

error: Content is protected !!