Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 19, 2025 @ 7:04pm

Konsert Spider Unplugged Tetap Diteruskan Walau Berdepan ‘Lockdown’

Kumpulan Spider tetap meneruskan penganjuran Konsert Spider Unplugged yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini walaupun berdepan cabaran penutupan jalan serta kebimbangan terhadap penularan influenza yang kini semakin meningkat.

Tam selaku vokalis berkata, tumpuan utama mereka bukan hanya pada persiapan konsert, tetapi juga terhadap tahap kesihatan kru dan anggota kumpulan yang komited menjayakan persembahan tersebut.

“Saya lebih risau kalau ada yang jatuh sakit berbanding hal lain. Sekarang musim influenza, jadi kesihatan semua orang kena dijaga betul-betul. Benda lain insya-Allah boleh diselesaikan,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di MyStudio, Sungai Buloh.

Tam menambah, buat masa ini tiada pelan alternatif disediakan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka, namun mereka berdoa agar semuanya berjalan lancar seperti dirancang.

“Kita tak fikir lagi tentang rancangan gantian kalau ada yang tak sihat. Harapan kami semuanya dipermudahkan dan konsert nanti berjalan dengan baik,” ujarnya.

Selain isu kesihatan, Tam mengakui pengumuman ‘lockdown’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan terhadap pergerakan peminat yang datang dari luar Lembah Klang.

“Saya tahu ramai yang risau tentang penutupan jalan. Bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur, memang agak mencabar. Tapi kami akan cuba bantu beri panduan awal seperti lokasi parkir dan laluan alternatif supaya peminat boleh buat perancangan,” katanya.

Mengulas tentang konsep konsert, Tam menjelaskan Spider Unplugged akan menampilkan sisi berbeza kumpulan itu dengan penggunaan alat muzik akustik seperti gitar, piano dan organ.

“Bila guna pendekatan unplugged, semua bunyi jadi lebih jelas. Kena nyanyi dan main dengan penuh tumpuan sebab kalau tersilap, memang mudah nampak. Tapi dalam masa sama, peminat dapat rasa pengalaman yang lebih intim dan jujur,” katanya yang bakal mempersembahkan 23 lagu.

Menurut Tam, persembahan kali ini lebih istimewa kerana setiap lagu diberi arrangement baharu yang disesuaikan dengan konsep akustik.

“Kalau saya duduk di tempat peminat, memang rugi kalau tak datang. Apa yang kami buat kali ini ada sentuhan legenda tersendiri. Dengan bantuan pemuzik hebat yang juga pernah bersama kami di Zepp Kuala Lumpur dulu, semangat saya makin membara untuk hasilkan sesuatu yang segar,” katanya.

Setakat ini, jualan tiket Spider Unplugged sudah mencecah 70 peratus. Konsert berkenaan akan menampilkan Tam (vokal), Aie (dram) serta dua anggota baharu, Iss (bass) dan Pown (gitar), menggantikan Tony dan Napie yang telah meninggal dunia pada 2021 dan 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 May 2021

Lanjutan Moratorium Mulai 1 Julai Kepada Pelanggan Terkesan – Bank Rakyat

Berikutan peningkatan kes COVID-19 dan beberapa sektor ekonomi yang diperkatatkan, Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19. Menurut […]

Trending Tue, 12 Mar 2024
Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Giliran Sheila Rusly Kena Kecam!

Jika terdahulu, Rita Rudaini, kini giliran pengarah dan pelakon Sheila Rusly pula menjadi mangsa kecaman  para netizen melalui Instagram miliknya.

Featured Thu, 17 Jul 2025
Featured Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
error: Content is protected !!