Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2025 @ 12:45pm

“Harta Saya Untuk Isteri, Bukan Anak-Anak” – Johan Tegas Didik Anak-Anak Berdikari

Pelawak dan penyampai radio popular, Johan berpegang pada satu prinsip tegas dalam kehidupan tidak akan mewariskan harta hasil titik peluhnya kepada anak-anak, sebaliknya mahu mereka belajar berdikari dan membina kehidupan dengan usaha sendiri.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, segala harta yang dikumpul selama ini akan diserahkan kepada isteri tercinta, Ozlynn Waty yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaannya.

“Sebagai bapa, saya dah bekalkan anak-anak dengan pendidikan yang boleh mereka gunakan bila dewasa nanti. Biarlah mereka cari rezeki sendiri.

“Saya kerja keras siang malam jadi penyampai radio, pelawak, usahawan semua kerana nak tanggung keluarga. Anak nak apa pun, saya usahakan. Tapi bila mereka besar nanti, mereka kena berdikari,” katanya.

Johan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Pusat Pameran Motosikal Elektrik (EV) GGR Motor miliknya di Taman Melawati, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Johan turut menegaskan, dia tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak, sebaliknya mahu mereka berjaya dengan ilmu dan didikan yang diberikan.

“Tanggungjawab saya ialah pastikan mereka dapat pendidikan terbaik. Tapi saya tak ada niat nak wariskan legasi perniagaan kepada anak-anak sebab belum tentu mereka minat benda sama.

“Saya percaya setiap anak perlu cari jalan dan kejayaan sendiri. Harta yang saya kumpul ini untuk isteri, bukan anak cucu. Saya dah bekalkan anak-anak dengan tiga perkara penting pendidikan, ilmu dan pelajaran,” ujarnya.

Pemilik restoran popular Itik ke Ayam? itu turut menegaskan semua anaknya perlu belajar mencari rezeki atas usaha sendiri tanpa bergantung kepada harta peninggalan.

“Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka faham nilai usaha dan berdikari. Malah, kalau perniagaan restoran ini nanti disenaraikan sebagai syarikat awam (IPO), saya tak teragak-agak untuk jual semua pegangan saham saya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Johan mengakui kasihnya terhadap isteri begitu mendalam, malah setiap kali pulang dari kerja, dia akan mencari Ozlynn terlebih dahulu.

“Anak-anak akan membesar dan akhirnya mereka akan tinggalkan rumah bila berkeluarga nanti. Tapi isteri saya akan tetap di sisi sampai akhir hayat. Sebab itu dari sekarang, saya biasakan diri untuk utamakan dia,” katanya.

Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania, dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2026

“Berat Badan Susut Drastik, Muntah, Hidung Berdarah & Pitam 3 Kali” – Zul Ariffin Berkorban Demi Watak

Zul Ariffin mengaku watak yang disandang dalam filem terbaharunya berjudul, The Furious: Pertaruhan Maruah adalah antara filem paling brutal yang pernah dibawakannya.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Martabat Jenama Fesyen Lokal, Nora Danish Perkenalkan Koleksi Denim Eksklusif ‘Nora Danish x Marii for Amber’

Nora Danish melangkah setapak lagi dalam dunia fesyen apabila melancarkan kolaborasi istimewa, Nora Danish x Marii for Amber.

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Barisan Penyanyi Hebat Tanah Air Warnai Konsert Semalam Di Malaya

Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan di pentas yang sama pada 2009 ketika menjayakan Konsert Irama Warisan diiringi MPO. Hampir sedekad tidak beraksi di situ, perasaan gementar sudah pasti ada…

error: Content is protected !!