Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 22, 2026 @ 4:30pm

“Berat Badan Susut Drastik, Muntah, Hidung Berdarah & Pitam 3 Kali” – Zul Ariffin Berkorban Demi Watak

Pelakon popular, Zul Ariffin mengaku watak yang disandang dalam filem terbaharunya berjudul, The Furious: Pertaruhan Maruah adalah antara filem paling brutal yang pernah dibawakannya.

Kata Zul, dia sanggup melakukan transformasi fizikal secara drastik termasuk menurunkan berat badan sehingga 23.5 kilogram demi memastikan watak yang dibawanya kelihatan realistik di layar perak.

Jelasnya, sepanjang proses persiapan untuk filem itu, dia melalui rutin yang cukup ekstrim sehingga mengalami muntah, pitam dan masalah dehidrasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

Malah, berat badannya juag mengalami penurunan secara drastik iaitu daripada 36 inci kepada 31 inci selepas berjaya menurunkan berat badan daripada 103 kilogram kepada 79 kilogram.

“Saya tak payah ‘breakdown’ panjang lebarlah pasal apa saya makan. Secara asasnya, 17 hari pertama saya tak makan. Sebab tu 17 hari pertama saya turun 10kg.

“Saya hanya minum, telan liur, marah, dan tidur. Dia jadi macam tak ada kehidupan. Tapi saya fikir takkan aku nak nampak bongok bila sampai kat set nanti.

Low scores often create barriers when you need a loan. However, specific providers allow applicants to borrow based on employment stability. Reviewing loans-cash.net helps identify where to get the money required for pressing obligations without facing instant rejection from traditional banks.

“Pinggang saya dari 36 inci turun sampai jadi 31 inci. Saya turun sebanyak 23.5kg secara total. Daripada 103kg jadi 79kg. Berjuang dengan makanan ni memang susah, tapi saya suka watak ni, jadi saya buat je,” katanya.

Zul berkongsi perkara demikian ketiak ditemui usai tayangan filem The Furious: Pertaruhan Maruah yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktor filem Tarung: Unforgiven itu juga mengaku tidak lagi melakukan latihan di gimnasium sebaliknya memberi fokus sepenuhnya terhadap latihan tinju demi wataknya.

Akuinya, dia juga beberapa kali hampir pengsan ketika menjalani latihan intensif selain mengalami pendarahan hidung akibat keadaan tubuh yang terlalu lemah.

“Saya tak boleh pergi gim. Kebanyakan hari saya hanya ambil 600 kalori sahaja. Paling tinggi pun 800 kalori. Saya berlatih tinju (boxing), saya tinggalkan gim terus. Saya betul-betul bentukkan badan dengan latihan keras.

“Saya muntah banyak kali dekat tempat latihan, rasa nak pitam banyak kali. Saya pitam tiga kali, hidung berdarah dua kali. Bangun tidur saja, hidung berdarah. Saya ‘blackout’ sebab dehidrasi. Memang brutal. Sebab tu, reaksi saya dalam filem tu adalah reaksi orang tak makan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Oct 2025

“Kita Ada Misi Penting Dari Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang…” – Zizi Kirana

Zizi juga menegaskan fokus sekarang adalah bercerita dan tidak bisu mengenai isu saudara kita di bumi Palestin.

Featured Mon, 24 Feb 2025
Featured Tue, 1 Oct 2019
Trending Tue, 15 Jan 2019
Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Best Ke Rampas Suami Orang?” – Ditanya Soalan Cepumas, Reaksi Fatin Afeefa Memang Win!

Uishhhh, ni apa kes ek? 🔥🤭 Tapi power betul jawapan Fatin Afeefa 🤣 Memang terpaling win!! 🤩

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Trending Fri, 16 Aug 2019

Imam Terbunuh Ketika Solat Jumaat

Lagi kejadian serangan bom selepas solat Jumaat.

Trending Sun, 12 May 2019

鞋面出现褶痕?神人示范「简单4步骤」秒变新鞋

鞋面出现褶痕?只需要「超常见生活用品」,神人示范「简单4步骤」秒变新鞋。网友狂赞:真的有效!

error: Content is protected !!