Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 20, 2026 @ 11:08am

Kongsi Video H*sap Rok*k, Zul Ariffin Mohon Maaf – “Jangan Cakap Macam Saya Sokong, Itu Tak Baik!”

Pelakon popular, Zul Ariffin menegaskan dia tidak berniat membalas komen berbaur sindiran kepada pihak Public Health Malaysia (PHM) berhubung isu viral melibatkan dirinya baru-baru ini.

Kata Zul, dia tidak pernah berniat untuk mempromosikan tabiat merokok atau menggalakkan orang ramai melakukan perkara sama apatah lagi komen balas yang dibuat sekadar reaksi spontan terhadap kenyataan berbaur sarkastik itu.

“Saya terangkan lah, apa yang berlaku ketika itu adalah bad habit. Yang tak digalakkan, yang tak di endorse oleh saya. Itu hanyalah duduk, dan ketika itu pula angin cantik, layan pula minum kopi… itu yang saya suruh orang ambil kan video. Macam itu sahaja.

“Tapi datang pula malaun yang tiba-tiba mengucapkan tahniah kepada saya. Ucapan tahniah tu berbunyi sarkastik. Jadi bila kau bermula dengan sarkastik, saya balas balik ‘And?’ itu yang orang ajuk-ajuk sehingga viral. saya balas itu maksudnya, teruskan lagi ayat sarkastik tu. Itu maksud saya,” katanya.

Zul tampil mengulas isu berkenaan ketika ditemui usai tayangan perdana filem, The Furious: Pertaruhan Maruah yang diadakan di GSC Mid Valley, pada Selasa.

Mengaku kurang aktif di platform Threads, Zul bagaimanapun memahami kebimbangan segelintir pihak mengenai isu kesihatan, namun berharap orang ramai tidak memutar belit isu tersebut seolah-olah dia menyokong tabiat merokok.

“Threads saya tak tahu… sebab saya tak aktif dekat situ. Tapi bila orang sibuk pasal isu itu mengalahkan saya curi tabung masjid. Saya macam, kecohnya… Tapi saya tak galakkan benda tu.

“Saya faham mungkin sekarang ni penunggang kesihatan punya musim jadi go ahead. Tak ada masalah. Tapi jangan cakap macam seolah-olah saya endorse. That’s not nice,” jelasnya.

Enggan isu tersebut terus menerus diperkatakan, Zul akhirnya mengambil kesempatan memohon maaf di atas isu kontroversi yang berlaku terutamanya kepada pihak yang menegurnya secara baik.

Namun, dia tidak akan memohon maaf kepada mana-mana individu yang meninggalkan komen mahupun teguran yang bersifat menghina terhadapnya berhubung isu berkenaan.

“Saya nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya pasal perbuatan bad habit itu selama saya guna sosial media.

“Kepada yang tegur saya elok-elok saya minta maaf. Saya rasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tak ada sebut apa-apa tapi kita masukkan sekali. Saya janji benda ni tak akan berlaku lagi.

“Tapi, saya tidak akan minta maaf kepada penunggang tu, saya takkan minta maaf kepada semua orang yang komen negatif dalam threads. Saya takkan minta maaf dengan mereka. Saya kena firm,” ujarnya.

Terdahulu, tidnakan Zul dikritik susulan perkongsian yang dimuat naik aktor itu menerusi media sosial miliknya yang memperlihatkan dia tampil santai mengenakan seluar pendek dan kemeja sambil duduk di tangga kediamannya serta menghisap rokok.

Artikel Berkaitan:“Kelakar Bila Orang Sibuk Hal Saya” – Pertahankan Diri, Netizen Kurang Senang Dengan Respons Zul Ariffin?

Artikel Berkaitan:“Dia Ni Menggerunkan”- Aedy Ashraf Kagum Aura Zul Ariffin

Artikel Berkaitan:“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Jul 2022

“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Lufya yang mengenali suspek secara peribadi berkata, dia pernah meluahkan rasa depresi kepadanya. Apapun masalah yang berlaku, nak-anak bukan tempat untuk melepaskan geram..

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Wow! Aizat Amdan Cipta Lagu Khas Buat Tun Mahathir

Paling penting, korang yang ingin menyampaikan ucapan hari jadi kepada Tun M, jangan lupa untuk meletakkan #harapanjadinyata dalam ucapan tersebut nanti!

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Tak Sia-Sia Jadi ‘Ustaz Adam’, Shuk Sahar Bawa Pulang RM 100,000!

Tahniah Shuk, memang kelakar habis malam tadi!

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Trending Tue, 29 Jun 2021
error: Content is protected !!