Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain August 17, 2023 @ 8:40pm

Tragedi Pesawat Terhempas: Anwar Ibrahim Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pesawat  jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie sekitar Bandar Elmina, pada 2.40 petang tadi.

Ucapan takziah itu telah dizahirkan oleh Perdana Menteri menerusi sebuah hantaran di Facebook, sebentar tadi.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah. ANWAR IBRAHIM,” tulisnya.

Mengikut kronologi tragedi tersebut, pesawat terbabit dipercayai telah berlepas dari Langkawi dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Namun, pihak Pusat Menara Kawalan LTSAAS  mengatakan mereka tidak menerima sebarang panggilan berhubung pesawat berkenaan mengalami masalah.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan sebanyak 10 mangsa terkorban dalam tragedi tersebut termasuk dua pengguna jalan raya yang menunggang motorsikal dan kereta.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun juga antara yang nahas dalam tragedi terbabit.

Memetik laporan Harian Metro, beliau turut menyatakan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

31-Year-Old Mum Decides to Study in Kindergarten for Daughter’s Sake

Some people would be too embarrassed at this point, but this mum would do anything for her daughter.

Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Erra Fazira Dah Bawa Mr. E Jumpa Ibu & Keluarga Terdekat  – “Semuanya Masih Baru & Indah”

Erra Fazira nikmati momen manis bersama Mr. E, enggan terburu-buru

Featured Thu, 4 Aug 2022

#WhazzupNetizen: 72% Lepasan SPM Tak Sambung Belajar Pilih Jadi Influencer, Heboh Isu Intern Tak Layak Dibayar & Jemaah Indonesia Berdandan Balik Dari Haji

Uish ramainya lepasan SPM pilih jadi influencer! Korang rasa intern perlu dibayar atau tak? Fuh, sakan melaram balik dari tunai Haji. Ini 3 topik menarik #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Wed, 3 May 2023
#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
error: Content is protected !!