Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2025 @ 3:26pm

“Biadap Betul! Hidup Pemalas Belajar” – Azza Elite Tegur Gen Z, Perjelas Maksud Sebenar Perkatan Kacip

Pelakon dan anggota Kumpulan Elite, Noor Azzarima Zawari atau Azza, 47, menegur segelintir golongan muda, khususnya Generasi Z (Gen Z) yang disifatkan kurang sopan dan tidak menghormati orang lebih tua apabila memberi komen biadab terhadap kenyataannya di media sosial baru-baru ini.

“Tahu ke maksud kacip sebenar? Sembang kacip lah.

“Kacip tu kau menadah 4 hari 4 malam, macam kau ambil bat* faham?

“Menyampah orang tulis kacip kacip… Kau ambil dadah ke yang tahu sangat pasal kacip ni,” tulisnya.

Enggan berdiam diri, Azza juga meminta masyarakat agar tidak menormalisasikan perkataan kurang manis dalam kehidupan sehari-hari.

“Aku nak cakap ya, pasal kacip je pun! Aku nak sampaikan jangan noemalisasikan perkataan yang kurang manis.

“Sebab kalau kau google kacip tu belah pinang dan kacip lagi satu pasal dadah.

“Dah Gen Z seektul dua cakap zaman Makcik dah berkahir dan maksud perkataan itu sudah berubah makna. Sebab tu cakap seketul dua ni kena pergi dewan pustaka belajar bahasa lagi.

“Hidup pemalas belajar! Kita ni dah 40 tahun ke atas nak menegur. Dia sound balik. Biadap betul.

“Betullah, nak ajar benda baik ada sahaja yang tak nak menerima,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Dec 2022

[VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Bahagianya seorang wanita bila dapat suami yang rajin membantu. Isteri penat memasak, suami tolong kemas. Loveeee couple ni! ☺️☺️

Contest Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Featured Sun, 23 Oct 2022
Hiburan Mon, 13 Mar 2023
error: Content is protected !!