Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 27, 2025 @ 5:43pm

Oki Setiana Dewi Dedah Tolak ‘Job’ Bayaran Tinggi Dari Jenama Disenarai Boikot

Pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi tetap teguh dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin, biarpun terpaksa menolak pelbagai tawaran kerja bernilai tinggi daripada jenama yang tersenarai dalam kempen boikot.

Oki, 36, mengakui dirinya tidak tergamak menggadaikan prinsip hanya kerana bayaran lumayan yang dijanjikan.

“Sebenarnya mereka tahu saya menyokong Gaza. Tapi tawaran tetap datang, malah ada yang menawarkan bayaran sangat tinggi.

“Mungkin kerana saya dikenali sebagai figura Islam, jadi mereka anggap ia satu kelebihan jika saya terlibat,” katanya.

Oki berkata demikian ditemui ketika sidang media Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut Oki, pengalaman menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir banyak membuka matanya terhadap penderitaan rakyat Palestin yang sekian lama berdepan kezaliman.

“Sebagai manusia biasa, saya perlukan wang untuk kehidupan seharian dan pendidikan anak-anak. Tapi saya tak boleh tipu diri sendiri hanya kerana duit.

“Saya tetap mahu berdiri di pihak yang benar, walaupun kecil sumbangan saya. Banyak tawaran terpaksa saya tolak, termasuk yang bayarannya sangat lumayan. Saya cuma mampu kata, ‘maaf, saya tidak boleh’,” ujarnya.

Tambah Oki lagi, bukan dirinya sahaja yang melalui situasi itu, malah ramai rakan artis lain turut sanggup kehilangan kerja demi mempertahankan prinsip masing-masing.

“Kebanyakan tawaran datang daripada produk dalam senarai boikot. Mereka tetap cuba tawarkan, bukan sekali dua tapi berkali-kali.

“Ramai juga rakan artis yang sama-sama menolak, walaupun terkesan dari segi pendapatan,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Featured Wed, 24 Aug 2022
Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

“Lebih Selesa Keluar Dengan Adik-Beradik, Friend For Benefit I Avoid” – Jauhi Kawan Toksik, Che Ta Akui Banyak Luangkan Masa Untuk Beribadat

‘Depan baik, belakang menikam’ Setuju kata Che Ta kena jauhkan diri dari kawan toksik ni 😌

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

error: Content is protected !!