Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2025 @ 11:54am

Isu Cerai Kamal Adli ‘Nervous’ Hadir Ke Mahkamah – “Saya Tak Gembira Pun Sampai Di Sini”

Pelakon Kamal Adli mengakui berasa gementar hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi prosiding kes perceraiannya bersama isteri, Uqasha Senrose,

Kata Kamal, fokusnya hanyalah mahu menyelamatkan rumah tangganya sekali gus mengakui memaklumkan, dia sebenarnya tidak gembira untuk berada di mahkamah.

“Saya gementar sebenarnya, saya tak pernah sampaai di tempat ini dan benda ni sangat tidak best untuk saya.

“Saya tak happy pun untuk sampai di sini (Mahkamah) sebenarnya,” katanya.

Ketika disoal sama ada wujud komunikasi antara dia dan Uqasha, Kamal bagaimanapun berkata, mereka berkomunikasi hanya melalui peguam sahaja.

Malah, wujud beberapa sekatan yang dilakukan oleh pihak Uqasha terhadapnya.

“Melalui lawyer je boleh, adalah sekatan yang dilakukan. Ada beberapa roadblock menyebabkan ia susah nak sampai.

“Kita orang hanya berhubung melalui surat menyurat sahaja. Dah macam zaman dahulu kan? Lepas ni mungkin saya hantar pakai burung pula lepas ni,” jelasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dalam pada itu, Kamal menegaskan, kehadirannya di Mahkamah Syariah adalah untuk menyelamatkan

“Of course saya datang bukan nak … saya nak selamatkan apa yang memang tanggungjawab saya. Itu sebab saya datang ke sini sebab haritu saya da masalah, saya ada kerja di luar.

“Dan hari ini saya datang untuk menjalankan tanggung jawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Insyaa-Allah. Doakan yang baik-baik,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Peguam mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap berkata,  anak guamnya itu nekad memfailkan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman dan tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga yang berlarutan sejak April lalu.
Tambah beliau, tiada usaha dilakukan oleh pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan perkahwinan tersebut.

Sekadar info, pasangan selebriti itu disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Khabar sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram […]

Trending Tue, 7 Aug 2018

Nazrin Hassan’s Death Now Classified as Murder Case

The Fire and Rescue Department’s report showed that there’s foul play involved.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Black, Hazama, Tomok Dan Akim Bakal ‘Gegar’ Istana Budaya

Semua ada keunikan masing-masing! Tak sabar!

Trending Sat, 9 Dec 2017

Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis

”Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis”, Pelajar UNIMAP Berusia 23 Tahun Kongsi Pengalaman Jadi Peserta Majlis Khatan

Featured Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Nick Jonas Hadiahkan Isteri Kereta Mewah, Untungnya!

Harga kereta Mercedes Maybach S650 keluaran tahun 2019 ini dianggarkan mencecah hampir RM 1.5 juta. 

Hiburan Sun, 8 Sep 2019
error: Content is protected !!