Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 9, 2017 @ 2:36pm

Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis

Kehadiran Zeth Simon, 23, sambil memegang kain pelikat mencuri tumpuan orang  ramai ketika Majlis Khatan Perdana Anjuran Pusat Koreksional Perlis di Dewan Serbaguna Pusat Koreksional Perlis berlangsung.

“Berdebar juga bila lihat kanak-kanak sebelum saya keluar dari bilik operasi khatan dalam keadaan menangis teresak-esak,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang berasal dari Kota Belud Sabah itu.

Program sehari itu adalah anjuran bersama antara Pusat Koreksional Perlis, Pejabat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping dan Jabatan Kesihatan Negeri membabitkan  24 peserta dan Zeth muncul sebagai peserta dewasa tunggal.

Zeth yang juga penuntut akhir jurusan kejuruteraan industri ketika mengulas keputusan tersebut memberitahu ia menyedari bahawa berkhatan memberikan kebaikkan dari segi kebersihan dan kesihatan kepada seseorang lelaki.

“Saya mengetahui program khatan ini daripada rakan muslim di universiti yang beritahu bahawa mereka terlihat iklan majlis berkenaan di media sosial bulan lalu.

“Merekalah yang banyak membantu dari segi mendapatkan borang di pejabat DUN, malah mengingatkan ia perlu dihantar sebelum 30 November lalu.

“Masa yang diambil untuk siap berkhatan saya anggarkan dalam 10 ke 20 minit, namun apa yang membuat saya lebih bersyukur ialah ketika proses itu dijalankan saya tidak berasa sakit sedikit pun.

“Cuma saya perlu berpantang dari mengambil makanan berminyak, telur dan beberapa makanan lain bagi mengelakkan sebarang jangkitan dalam seminggu dua ini.

“Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan saya harap cepat sembuh sebelum hujung bulan ini memandangkan musim peperiksaan akhir semester di UniMAP bermula seminggu sebelum akhir tahun,” katanya lagi.

Pengarah Jabatan Penjara Negeri Perlis, Mat Johir Asin @ Hashim dalam pada itu berkata pihaknya bersyukur kerana program khatan edisi pertama itu berjalan lancar.

“Program berkhatan ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Penjara negeri dan untuk edisi kali pertama ini kita menghimpunkan 23 kanak-kanak lima ke 10 tahun dari DUN Chuping dan sebahagian daripadanya anak kakitangan Pusat Koreksional Perlis. Malah kita juga menerima seorang peserta dewasa iaitu Zeth Simon,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Tue, 24 Aug 2021

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

So, korang jangan cetus sebarang kontroversi lagi ek!

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Featured Fri, 11 Oct 2024
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Hazwani Helmi Dedah Sisi Lain ZRA – “Macam Seorang Ayah, Dia Hargai Pandangan Anak Muda”

Hazwani Helmi dedah ZRA meraikan setiap individu tanpa mengira pangkat atau nama.

error: Content is protected !!