Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2025 @ 6:31am

Jom Heboh Fun Run 2025 Tawar Percutian Keluarga Ke Luar Negara & Hadiah Bernilai Lebih RM40,000!

Percutian keluarga ke luar negara untuk empat orang lengkap dengan tiket penerbangan, penginapan serta Pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan tajaan U Mobile menanti peserta bertuah yang memenangi cabutan utama dalam acara Jom Heboh Fun Run bersama Harian Metro.

Acara larian santai ini akan diadakan pada 9 November di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, bersempena dengan Karnival Jom Heboh, dan menjanjikan bukan sekadar aktiviti riadah tetapi juga peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM40,000.

Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan termasuk televisyen 50 inci, skuter, robot vakum, air fryer, beg perjalanan dan pelbagai barangan lain.

Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, edisi kali ini membawa nafas baharu sempena ulang tahun ke-22 karnival tersebut.

“Jom Heboh Fun Run kali ini bukan sekadar acara larian santai ia satu pengalaman komuniti penuh hiburan, ganjaran dan semangat kekeluargaan.

“Kami mahu semua peserta berlari sambil berseronok, menikmati suasana meriah dan pada masa sama berpeluang membawa pulang hadiah impian seperti percutian keluarga ke luar negara,” katanya.

Menambah keceriaan, peserta turut berpeluang berlari bersama barisan artis terkenal tanah air seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed, Drama Band dan ramai lagi.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima baju rasmi larian, running bib dan beg galas eksklusif berisi goodies bernilai lebih RM50 daripada jenama terkenal seperti Famous Amos, Munchy’s, Kinohimitsu, Floridina, Daia, Nutox, Yogood dan banyak lagi.

“Kami pastikan setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Walaupun datang sekadar untuk berseronok, mereka tetap dapat membawa pulang pelbagai barangan menarik hasil tajaan jenama terkenal,” jelas Eileen.

Orang ramai diseru untuk segera mendaftar bagi menyertai Jom Heboh Fun Run 2025, larian santai penuh hiburan dan ganjaran yang menawarkan peluang membawa pulang percutian keluarga impian ke luar negara.

Pendaftaran dibuka sehingga 2 November 2025, dan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi musegroup.asia, heyjom.com, dan howei.com. Tempat adalah terhad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Mahu All Out Untuk ‘Zharfa’, Kaka Azraff Kerja Dalam Pantang?

Kalau ikutkan hati, saya memang mahu sertai sesi promosi filem ini cuma…

Trending Thu, 29 Nov 2018

学生「粉笔画」创作惊人!老师狠心一擦心都碎了

Illusdreamer 是一个由几名香港高中学生组成的创作小组,他们采用彩色粉笔在黑板上创作巨幅的画作,尽管作品的生命有限,但令人难以置信的神奇画面,却让大家都惊叹不已!

Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Trending Sun, 2 Jun 2019

Sempat ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Cantiknya tapi menakutkan bila tahu ribut petir

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mamak Puteh’s Turn to Finally Bring Home the RM10,000 Prize

Luck was on Mamak’s side last night!

error: Content is protected !!