Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2025 @ 2:15pm

Farah Lee Bakal Ke Afghanistan, Teruskan Misi Kemanusiaan Selepas Sertai GSF – “Dua Hari Keluar Penjara Saya Terus Rancang Ke Sana”

Aktivis kemanusiaan dan pempengaruh media sosial, Farah Lee terus membuktikan komitmennya dalam kerja bantuan antarabangsa apabila mendedahkan bakal berangkat ke Afghanistan untuk meneruskan misi bagi ‘Kunar Earthquake Mission’.

Menariknya, keputusan itu dibuat hanya beberapa hari selepas pulang daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Dua hari keluar dari penjara, saya dah minta pasukan uruskan untuk ke sana (Afghanistan),” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sebelum ini, Farah bersama beberapa aktivis lain berdepan detik cemas apabila ditahan pihak berkuasa antarabangsa ketika menyertai misi GSF di perairan Timur Tengah.

Sementara itu, menerusi platform Threads, Farah turut menjawab pertanyaan segelintir netizen yang mempersoalkan keputusannya kembali ke lapangan walaupun baru pulang dari misi berisiko tinggi.

“Tenang saja okay, saya lepas kahwin sebulan lebih saja dah mula pergi misi kemanusiaan semula, honeymoon pun belum masa tu. Saya sekalikan honeymoon dengan anniversary trip ke Umrah sebab tak sempat nak mencelah,” katanya.

Farah turut mengajak pengikutnya mengikuti perkembangan misi terdahulu menerusi tanda pagar #FLinAFGHANISTAN, yang memaparkan aktiviti bantuan yang pernah dijalankannya di negara bergolak berkenaan.

Untuk rekod, Farah antara aktivis wanita Malaysia yang aktif menyertai pelbagai misi antarabangsa termasuk di Syria, Palestin dan Afghanistan, selain aktif berkongsi pengalaman dan kesedaran kemanusiaan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Aug 2021

Inspirasi Menerusi Hijrah Pengorbanan Di TV3

Bersempena dengan Awal Muharram pada 10 Ogos 2021 (1 Muharram 1443H) ini, TV3 telah menyusun program-program yang dapat memberi inspirasi dan semangat kepada penonton setianya seperti Tanyalah Ustaz, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini […]

Featured Fri, 20 Sep 2024

Mengaku Pernah Berkahwin, Hati Ustaz Wadi Annuar Masih Belum Terbuka – “Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya”

Banyak betul Ustaz Wadi Annuar spill dalam podcast kalini!❤️❤️❤️

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Alif Satar Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Kekuatan Tersendiri, Mampu Bawa Perubahan Di AJL39

Alif Satar yakin Naz Rahman & Sissy Imann ada kekuatan tersendiri untuk kendalikan AJL39.

Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Sat, 30 Dec 2017

10/10 AKSI CIUM BELLA DAN ENGKU EMRAN?

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia

Hiburan Mon, 9 May 2022

Nyanyi Single Popular New Boyz ‘Meraung’, Tomok Terkejut Anak Hafal Lagunya

Tomok terkejut anak sulungnya boleh hafal lagunya ketika di zaman New Boyz.

Trending Sun, 7 Jan 2024

Dalam Tempoh 5 Bulan, Kawasan Hijau di Makkah Bertambah 600%

Wahh… dahulu tandus, kini makin subur!

error: Content is protected !!