Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 3, 2025 @ 3:46pm

Bila Puisi Bertemu Hati, ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Kembali Keindahan Cinta Pertama

Dua puluh tahun selepas filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja Asia, kisah ikonik itu kini dilahirkan semula dalam versi moden menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah prolifik Riri Riza.

Naskhah terbaharu ini bukan sekadar membawa nostalgia, tetapi meniup nafas segar generasi masa kini menggabungkan sastera, muzik dan sinematografi indah yang menjanjikan pengalaman penuh emosi. Filem ini bakal menemui penonton Malaysia di pawagam seluruh negara mulai 6 November 2025.

Menurut pengarah Riri Riza, filem ini bukan sekadar kesinambungan kisah legenda AADC, tetapi cerminan realiti remaja hari ini yang mencari erti cinta, identiti dan impian.

“Rangga & Cinta memang kisah cinta remaja, tetapi ia menyentuh isu yang lebih dalam. Ia menggambarkan emosi muda yang tumbuh di persimpangan antara logik dan perasaan, antara kawan dan cinta,” katanya.

Riri turut menyifatkan filem ini antara projek paling emosional dalam kariernya.

“Setiap kru dan pelakon memberikan jiwa mereka sepenuhnya. Kami mahu penonton bukan sekadar menonton, tapi turut merasakan cinta, puisi dan kehangatan yang kami cipta di layar,” tambahnya.

Mengangkat tema cinta pertama dan pencarian diri, filem ini mengisahkan Cinta (Leya Princy) pelajar 17 tahun yang cantik, berbakat dan disayangi ramai di sekolahnya. Namun hidupnya yang tampak sempurna mula berubah apabila muncul pelajar baharu misteri, Rangga (El Putra Sarira), seorang pencinta puisi yang lebih senang menyendiri dan menulis dari sudut sunyi perpustakaan.

Semuanya bermula apabila Rangga menewaskan Cinta dalam pertandingan puisi tahunan sekolah. Kekalahan itu melukakan ego Cinta, namun secara tidak langsung membuka pintu pertemuan yang mengubah segalanya.

Percubaan Cinta menemu bual Rangga untuk majalah sekolah bertukar menjadi perdebatan kecil tetapi dari kata-kata yang tajam dan jujur itulah lahir benih rasa yang halus. Dalam diam, dua jiwa yang berbeza dunia mula saling memahami melalui bahasa puisi dan keheningan jiwa.

Namun, cinta mereka tidak mudah. Cinta diuji antara kesetiaan terhadap sahabatnya dan kejujuran terhadap hatinya sendiri.

Melly & Anto Hidupkan Semula Irama Legenda

Lebih istimewa, filem ini membawa semula lagu-lagu ikonik ciptaan Melly Goeslaw dan Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang, selain memperkenalkan tiga lagu baharu termasuk Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya.

Irama lama dan baharu itu berpadu indah, membentuk perjalanan cinta yang bukan sekadar dilihat tetapi dirasai.

Menariknya, jenama teknologi global Samsung turut menjadi rakan rasmi publisiti filem ini menerusi Galaxy S25 FE, meraikan semangat generasi baharu yang kreatif dan ekspresif.

Kolaborasi itu diserikan dengan siri kandungan digital berkonsep “meme-fication”, menghubungkan adegan ikonik filem dengan kecanggihan kamera profesional dan kecerdasan AI Galaxy S25 FE menjadikan Rangga & Cinta bukan sekadar kisah di layar, tetapi pengalaman budaya dalam dunia maya.

Mengajak penonton menyelami getirnya cinta pertama, manisnya persahabatan dan indahnya nostalgia, Rangga & Cinta menjanjikan sebuah perjalanan emosi yang segar tetapi tetap hangat seperti dulu.

Sedia untuk menyaksikan semula dialog legenda dan puisi ikonik Rangga buat Cinta kali ini dengan roh generasi baharu di pawagam mulai 6 November 2025.

Kongsikan detik anda di media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia dan raikan semula magis cinta yang tidak pernah mati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

“Dia Tak Boleh Bernafas, Minta Nak Turun Cepat” – Sekeluarga Panik Apabila Wajah Kakak Membengkak, Asyik Bersin, Mata Berair

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang […]

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kawan-Kawan Jadi Penguat Semangat – Hael Husaini

Bagi penyanyi lagu yang popular menerusi lagu Jampi ini, beliau tidak akan melupakan rakan-rakannya yang sentiasa berada di samping beliau sepanjang perjalanan karier beliau selama 10 tahun sebagi anak seni

Featured Fri, 16 Aug 2024

Ibu Aliff Aziz Sifatkan Komen Netizen Sebagai Fitnah Dajal, Bakal Ambil Tindakan Saman

Alamak, ibu Aliff Aziz dah ambil tindakan undang-undang🔥

Trending Mon, 20 Jan 2025

“Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam masyarakat.

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ucap Selamat Tinggal Kool FM, Liza Tumpu Bisnes Produk Kesihatan

Akui Liza, walaupun sedih terpaksa meninggalkan Kool FM yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya itu, Liza melihat situasi ini dari sudut positif.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Thu, 3 Oct 2024

Seronok Berlakon Tak Bersentuhan, Nora Danish Rasa Harga Diri Mahal

Alhamdulillah, sejukkkkk tengok Nora Danish ❤️❤️

Hiburan Fri, 25 Apr 2025
error: Content is protected !!