Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 5, 2025 @ 12:50pm

Isteri Dikesan Hamil Bayi Sindrom Edwards, Shah Iskandar Reda Terpaksa Gugurkan Kandungan

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar memaklumkan isterinya kini sedang melalui detik sukar apabila kandungan anak ketiga mereka disahkan menghidap Sindrom Edwards atau Trisomi 18, iaitu keadaan genetik yang berlaku akibat kelebihan kromosom.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shah berkata, isterinya yang kini hamil 16 minggu dinasihatkan oleh pakar untuk menjalani proses pengguguran atas faktor keselamatan ibu dan juga keadaan bayi yang amat berisiko.

“Isteri saya kini mengandung 16 minggu, namun doktor mengesan bayi kami mengalami Sindrom Edwards, atau dalam istilah mudahnya, terlebih kromosom. Lapisan di belakang leher bayi juga agak tebal, iaitu 4.8 sentimeter,” katanya.

Menurut Shah, doktor menjelaskan kadar kelangsungan hidup bayi berkenaan hanya sekitar lima peratus, selain keadaan isterinya, Sarah, yang baru melahirkan anak lapan bulan lalu turut berisiko sekiranya kehamilan diteruskan.

“Doktor menasihatkan untuk menggugurkan kandungan lebih awal kerana menunggu lebih lama boleh membahayakan nyawa Sarah. Walaupun peluang hidup bayi hanya lima peratus, kebanyakan kes tidak mampu bertahan hingga tarikh jangkaan bersalin,” jelasnya.

Tambah aktor berusia 42 tahun itu, sekiranya bayi tersebut dilahirkan, jangka hayatnya dijangka tidak lebih setahun, malah hanya mampu hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat.

“Dengan hati yang berat, selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pakar, kami sepakat meneruskan pengguguran. Kami tidak sanggup melihat bayi kami menanggung kesakitan dengan bantuan alat pernafasan,” katanya lagi.

Shah turut memohon doa orang ramai agar proses pengguguran berjalan lancar dan isterinya berada dalam keadaan selamat.

“Saya kini berada di Kuala Lumpur kerana kecemasan ini, namun perlu segera pulang ke Singapura selepas segalanya selesai. Sarah sudah dimasukkan ke hospital sejak malam tadi dan kini sedang melalui proses induksi kali kedua.

“Mohon doa semua agar urusan ini dipermudahkan dan semoga anak syurga kami, Maryam Inara, menanti kami di Jannah, Insya-Allah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shah Iskandar (@shahiskandarmahfuz)

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, termasuk rakan artis dan netizen yang menitipkan doa serta kata semangat buat Shah dan isterinya agar terus tabah menghadapi ujian berat itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 18 Oct 2019
Trending Wed, 26 Aug 2020
Trending Fri, 12 Oct 2018

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan telah pun mengesahkan berita ini.

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Stylonya Dua Beradik Ni” – Penampilan Ummi Nazeera dan Abang Curi Tumpuan di KL Fashion Week

Pelakon Ummi Nazeera antara selebriti tanah air yang sentiasa mempunyai personaliti yang menarik sehingga namanya kini menjadi sebutan ramai dek kerana lakonannya yang mantap. Umum mengetahui, Pelakon Risik Pada Hati itu juga mempunyai seorang abang […]

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Izzara Aishah Memilih Watak?

Bila dah kahwin, suami akan teliti skrip yang ditawarkan dulu.

Events Fri, 3 Jun 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022

Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

Tular sebuah hantaran di laman TikTok yang memaparkan usahawan kontroversi Nur Sajat menangis kerana mengalami salah faham dengan adik kangdungnya yang dikenali sebagai Mustika. @irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound […]

error: Content is protected !!