Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops October 12, 2018 @ 11:14am

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Anda rasa marah tak bila anda tengah nak lepak dan makan di kedai mamak, tiba-tiba ada orang di keliling anda menghembuskan asap rokok mereka ke arah anda?

Well, lepas ini perkara ini mungkin tak lagi berlaku kerana pihak kerajaan telah mengumumkan yang bermula dari tahun depan, semua restoran yang mempunyai ruangan terbuka (open-air) ada dikelaskan sebagai zon larangan merokok. Dah confirm!

Menurut China Press, itulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye, tak kiralah jika ia merupakan sebuah restoran dengan penghawa dingin atau pusat penjaja terbuka (open-air hawker centre).

Foto: www.thestar.com.my

Menurut laman web Kementerian Kesihatan, setakat ini hanya kawasan-kawasan ini yang disahkan sebagai kawasan no-smoking:

  • Di dalam pusat hiburan atau teater (kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino)
  • Di dalam lif atau tandas awam
  • Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  • Di dalam mana-mana lapangan terbang
  • Di dalam mana-mana premis kerajaan
  • Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan (selain bangunan kediaman atau persendirian)
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  • Di mana-mana kawasan di dalam kafe Internet
  • Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

“Jika orang awam dijumpai merokok di kawasan-kawasan ini, mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih daripada 2 tahun,” kata Dr. Lee.

“Pemilik perniagaan yang tidak melaksanakan polisi ini akan didenda sebanyak RM2,500.”

Pengumuman ini telah diterima dengan baik oleh para Netizen yang inginkan udara yang lebih bersih apabila mereka menikmati sajian mereka. Tapi ada juga yang berpendapat polisi ini tidak berguna jika tiada penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

Hmm. Apa pendapat anda?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Fazura pernah mendedahkan dia sendiri tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Featured Tue, 18 Feb 2025
Hiburan Sun, 10 Aug 2025

‘Che Ta & Rakan Selebriti Buka Mata Masyarakat, Harap Kematian Zara Qairina Terbela’

Dr Afif puji rakan selebriti menggunakan platform mereka untuk keadilan kes Zara Qairina.

Featured Thu, 20 Feb 2025

Tahniah! Maryam Durian Kimchi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

“Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan” – Ryzal Ibrahim

Featured Tue, 6 Feb 2024

“Awak Ingat Saya Tak Mampu Nak Buat Anak Saya Cantik?”- DSV Dedah Cik B Kerap Jadi Mangsa Body Shaming

Alahai, kesian Cik B! Siapa suka body shaming tu boleh cermin dulu kot

error: Content is protected !!