Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 5, 2025 @ 11:25am

Kool FM – Malaysia Dah Kool! Kini Boleh Didengari Di Ipoh, Melaka & Johor Bahru

Media Prima Audio (MPA) mengumumkan penjenamaan semula Kool 101 kepada Kool FM, sekali gus membuka lembaran baharu dalam dunia penyiaran tempatan. Dengan semangat baharu di bawah tagline “Malaysia Dah Kool”, stesen ini bukan sekadar tampil dengan wajah segar, tetapi membawa misi untuk menjadi suara penyatu rakyat Malaysia melalui muzik, kisah kehidupan dan perbualan bermakna.

Kini, Kool FM bukan hanya boleh didengari di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuching, tetapi turut memperluas jangkauan ke Johor Bahru, Melaka dan Ipoh, menjadikan capaian siaran lebih mudah melalui frekuensi radio dan platform Audio+. Perubahan ini mencerminkan semangat progresif rakyat Malaysia yang moden, terbuka dan berbangga dengan identiti sendiri.

Kool FM berhasrat menjadi medium yang menghubungkan masyarakat melalui kandungan yang dekat di hati pendengar — daripada segmen santai, muzik popular tempatan dan antarabangsa, hinggalah perbualan ringan yang mencerminkan realiti kehidupan seharian. Pendengar juga boleh menjangkakan pengalaman mendengar yang lebih interaktif dan mesra komuniti.

Selain liputan yang kini meluas, Kool FM turut memperkukuh hubungan bersama pendengar melalui aktiviti luar dan siaran langsung di Johor Bahru, Melaka serta Ipoh. Personaliti radio Kool FM bakal bertemu peminat di lokasi terpilih, sekali gus menjadikan jenama ini lebih dekat dengan komuniti setempat.

Ketua Kandungan Kool FM, Ainul Farhana, berkata transformasi ini menjadi langkah penting dalam perjalanan jenama tersebut. Katanya, perubahan kepada identiti baharu bukan sekadar dari segi rupa, tetapi juga semangat untuk terus relevan dan dekat dengan rakyat Malaysia yang positif, berinformasi dan progresif.

Kool FM kini boleh didengari di frekuensi 101.3FM (Lembah Klang), 90.2FM (Pulau Pinang), 107.3FM (Alor Setar), 104.3FM (Kuching), 87.6FM (Ipoh), 88.1FM (Melaka dan utara Johor) serta 105.3FM (Johor Bahru). Pendengar juga boleh menikmati siaran secara langsung di www.koolfm.audio, YouTube Kool FM TV atau melalui aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Nov 2021

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin. Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka. […]

Trending Mon, 4 May 2020
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Rizman & Ida Suraya!

Events Fri, 13 Jun 2025

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik.

Hiburan Fri, 15 Feb 2019
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

Betty Rahmad Kesal Wajah Didakwa ‘Berubah’ Selepas Ambil Foto Bersama Ruhainies 

Betty Rahmad tak ada masa sibuk urusan tepi kain orang lain

Events Wed, 27 Mar 2019

GFRIEND’s “GO GO GFRIEND!” Asia Tour to Make a Stop in Kuala Lumpur

Tickets will go on sale very soon! More details inside.

Featured Wed, 9 Jul 2025
error: Content is protected !!