Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2025 @ 8:26am

Ummi Nazeera Bawa Watak Penyondol, Anggap Karakter ‘Maira’ Menakutkan – “Ia Terlalu Ekstrem & Berat”

Pelakon versatil, Ummi Nazeera mengakui watak yang dibawanya dalam drama terbaharu berjudul Saat Aku Tahu merupakan antara karakter paling mencabar sepanjang karier lakonannya.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, naskhah tersebut menuntut kekuatan fizikal, emosi dan mental kerana sarat dengan konflik dan lapisan emosi yang kompleks.

“Naskah ini antara naskah yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental.

“Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.

“Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksudnya kadang-kadang watak ini boleh jadi baik atau jahat.

‘”Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini,” katanya.

Ummi berkongsi perkara demikian usai tayangan perdana drama Viu berjudul,  Saat Aku Tahu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada, Rabu.

Tambahnya, dia juga berdepan rasa takut dek kerana terlalu menjiwai watak ‘Maira’ dalam drama berkenaan.

“Suatu hari ketika saya bawa karakter ini, tiba-tiba saya rasa sangat takut malah sudah lama tidak merasakan seperti itu.

“Sebab ia adalah sebuah babak yang menakutkan maksudnya sangat berat kerana saya merasakan watak ini keterlaluan. Namun graf karakter ini sangat menarik untuk ditonton,” jelasnya.

Mengulas mengenai gandingannya bersama pelakon Hisyam Hamid, Ummi menjelaskan, tiada sebarang babak melibatkan sentuhan fizikal antara mereka, sebaliknya produksi menggunakan teknik kamera bagi mencipta kesan yang lebih realistik.

Malah, sebagai wanita berhijab ibu anak satu ini menegaskan dia sentiasa menjaga batas dan berharap penonton memahami tanggungjawabnya sebagai pelakon profesional.

“Nak bawa watak dalam naskhah bertemakan curang memang bukan mudah sebab banyak isu sensitif. Saya dan Hisyam tak ada sebarang sentuhan langsung, semuanya guna kamera trick untuk nampak realistik.

“Sebagai wanita bertudung, saya tetap jaga maruah dan batas. Saya tak pernah lakukan babak begitu sebelum ini, jadi saya harap penonton dapat menilai dengan hati terbuka,” ujarnya.

Sekadar info, drama 15 episod ‘Saat Aku Tahu’ merupakan drama psikologi romantik yang menyentuh tentang kepercayaan, kekecewaan dan dendam dalam hubungan.

Selain Ummi anatran barisan pelakon hebat yang turut membintangi drama ini adalah, Hisyam Hamid,  Anna Jobling, Luqman Hafidz, Datuk Eizlan Yusof dan Quinneyra Alyssha.

Drama ‘Saat Aku Tahu’ akan menemui penonton pada 6 November ini, di platform Viu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 31 Jan 2019
Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Baru 18 Tahun, Netizen Dedah Harga Makeup & Skincare Puteri Balqis Cecah RM8,000

Individu dedah barang skincare Puteri Balqis cecah RM8,000

Featured Fri, 14 Nov 2025

Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Hiburan Thu, 23 May 2019

新人报到! 22岁「牙套女」刘思延发首支单曲勇闯乐坛

新人报到!今年22岁的牙套女生Suzanne刘思延带着她的首支单曲《老沙发》勇闯乐坛!

Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

error: Content is protected !!