Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2025 @ 1:49pm

Dikecam Gara-Gara Kenyataan ‘Muak’, Zara Zya Tampil Respons: “Kamu Yang Mula, Kamu Yang Mahu… Kamu Juga yang Bitter”

Pelakon Zara Zya tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataannya menggunakan perkataan ‘muak’ sebelum ini sehingga ada pihak yang mengkritik dirinya.

Kata Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,  perkataan ‘muak’ bermaksud meluahkan rasa jemu, bosan atau meluat terhadap sesuatu perkara yang sering dihadapi.

“Perkataan ‘muak’ bermaksud rasa jemu, bosan atau meluat terhadap sesuatu perkara.  Biasa sebab dah terlalu banyak atau terlalu kerap menghadapnya,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, pelakon drama ranataian ‘Segenap Takdir’  itu meluahkan kekesalannya apabila kenyataannya sebelum ini disalah tafsir dan menimbulkan kecaman meskipun dia tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Tidak habis disitu, Zara juga memberi respons tegas kepada mereka yang mengkritik dirinya sebelum ini.

“Tapi kenapa saya dibenci dan dikecam pula dengan luahan ‘muak’ saya yang tidak saya sebutkan nama sesiapa?

“Kamu yang mula, kamu yang mahu, kamu juga yang bitter,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil mempertahankan aktres itu apabila memahami situasi yang dihadapinya teruatamnya hal-hal melibatkan jodoh dan sebagainya.

Terdahulu, Zara menerusi hantarannta di platform sama tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap sesetengah pihak yang suka mengaitkan dirinya dengan mana-mana individu, seolah-olah tidak menghormati privasi dan batas peribadinya.

“Hentikanlah perangai suka menjodohkan orang ni. Muak!” tulisnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.E合体哭了! 911音乐会「多说话or唱歌」这样决定

天团SHE成军17周年,不只将在9月11日举办万人「十七音乐会」,也特地邀请吴青峰为她们三人量身创作全新单曲《十七》!

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

「蝴蝶姐姐」恺乐519来马举办唯一一场签唱会

来自台湾的「巧克力女神」恺乐即将带着她的全新专辑《黑蝴蝶》来到马来西亚举办唯一一场专辑签唱会,与久违的大马歌迷们见面!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Wed, 22 Sep 2021
Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.

error: Content is protected !!