Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 11, 2025 @ 12:10pm

The Living Legend! Pukau 9,000 Peminat, Konsert Rai Sheila Majid 40 Years In Music ‘Full House’

Kemunculan ratu jazz, Datuk Sheila Majid bersempena 40 tahun dalam industri muzik tanah air di pentas berskala besar, Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini pastinya ditunggu-tunggu ribuan peminat.

Malah, ia kekal menjadi memori manis buat pemibat yang hadir.

Memukau penonton dengan lagu pembukaan konsert berjudul, Warna dan Bahagia, Sheila mencuri perhatian bukan sahaja dengan persembahan nya tetapi sikapnya yang sentiasa menghargai peminat.

“Saya orang Kuala Lumpur (KL), jadi setiap kali saya buat persembahan di KL, separuh daripada stadium ini adalah keluarga saya.

“Terima kasih semua kerana sudi datang,” katanya.

Penganjuran konsert yang dibawakan oleh Altus Prohouse dibantu oleh TopGallant Show selaku penganjur bersama tampil dengan tema keraian yang penuh warna-warni

sebagai tanda manis meraikan perjalanan empat dekad figura ikonik ini.

Membawakan 25 lagu yang dipetik menerusi album hitnya bermula dari tahun 1985 hinggalah 2025, Sheila berjaya mengembalikan semula memori peminat dengan lantunan vokal yang merdu menerusi lagu, Warna, Bahagia, Nada, Dia, Inikah Cinta, Catat, Embun, Ratu, Didalam Emosi Ini, Medley: Gerimis Semalam, Gemilang, Relakan, Datanglah Dalam Mimpi, Selamanya dan Antara Anyer & Jakarta.

Selain itu, lagu Kerinduan, Ku Mohon, Lagenda, Aku Cinta Padamu, Boneka, Moving On,  Persis Kekasihku turut disambut dengan laungan sorakan dan nyanyian bersama ribuan peminat yang setia sepanjang karier seninya sejak tahun 1980-an lagi.

Tidak ketinggalan, susunan lagu seperti Tua Sebelum Waktunya, Jatuh Cinta, Fikirkan Dulu, Pengemis Muda dan Sinaran dipilih menjadi antara lagu penutup konsert.

Lebih Menarik, selain ditemani anak perempuannya, Kayda, Sheila turut membawa rakannya yang juga menjadi nadi kekuatan sepanjang karier seni figura itu iaitu, Tohpati, Mac Chew, Jenny Chin, Jennifer Thompson dan Steve Ho.

“Kau orang tahu tak, sebenarnya saya ada tiga pengarah muzik untuk lagu Sinaran. Saya ada Mac, Tohpati dan Acis. Maksudnya, saya ada tiga versi untuk lagu itu sahaja.

“Kalau Tohpati saya kenal 30 tahun, Mac pula saya kenal selamanya. Dia ada bersama saya sejak dulu lagi dan dia memainkan peranan besar dalam karier saya,” jelasnya.

Di akhir konsert, Sheila turut melaungkan Free Palestine sebagai tanda sokongan dan ingatannya buat saudara kita di bumi bergolak sekali gus membuktikan figura ikonik itu adalah lagenda sebenar industri muzik tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Jul 2025

Didakwa Sebar Fitnah, Scammer Bakal Saman Abby Abadi – “Bermimpi Ke Mereka Ni?”

LOD itu dihantar atas alasan fitnah dan jejaskan reputasi scammer

Hiburan Fri, 18 Jul 2025

“Ada Empat Pembantu Tapi Isteri Tetap Buat Sendiri” – Hafiz Mahamad Berang Syafiqah Aina Dikutuk Tak Layak Jadi Suri Rumah

Hafiz Mahamad maklum Syafiqah Aina tak selesa terlalu bergantung kepada pembantu rumah

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Events Mon, 2 Sep 2019

「黑涩会美眉」丫头引进台湾茶饮店!柔佛开设全马第一旗舰店

曾经很火的台湾美少女组合「黑涩会美眉」成员丫头引进台湾茶饮店,在马来西亚柔佛开设全马第一旗舰店!

Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Trending Tue, 17 Jul 2018

Golongan LGBT Perlu Hak Sama Rata, Jangan Diskriminasi

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
error: Content is protected !!