Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 13, 2025 @ 1:27pm

“Saya Gelisah Fikirkan Inspektor Sheila” – Iqbal Zulkefli Kekal Doa Teman Baik Dapat Keadilan

Penyanyi dan usahawan, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa bimbang serta tidak tenang memikirkan keadaan Inspektor Sheila, yang kini menjadi perhatian umum selepas berdepan kontroversi membabitkan dirinya baru-baru ini.

Menurut Iqbal, sepanjang mengenali dan bersahabat dengan wanita berkenaan, dia tidak pernah melihat sisi buruk mahupun sikap kasar seperti yang tular di media sosial ketika ini.

“Saya tidak berani mengulas tentang isu beliau namun setiap hari saya gelisah memikirkan Inspektor Sheila.

“Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya,” katanya.

Jelas Iqbal lagi, hubungan persahabatan antara mereka sudah terjalin sekian lama dan masih berhubung seperti biasa meskipun isu berkenaan sedang hangat diperkatakan.

“Saya selalu mesej beliau. Minggu lepas sebelum isu pun mesej, semalam pun mesej. Sepanjang bertahun menjadi teman, Inspektor Sheila sangat hormati dan punya adab dengan saya,” ujarnya.

Tambahnya, Iqbal turut sempat bertanyakan sendiri kepada Inspektor Sheila tentang isu yang sedang melanda, namun wanita itu kelihatan tenang dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Apa yang beliau ungkapkan adalah ‘saya hanya perlu takut pada Tuhan dan bukan manusia’. Katanya beliau sudah lali dengan persepsi orang. Video itu sudah disalah tafsir kerana orang awam lihat sekerat sahaja,” katanya.

Walaupun memahami ramai yang marah dan mungkin tidak bersetuju dengan tindakannya membela figura berkenaan, Iqbal menegaskan dirinya hanya mahu memberikan sokongan moral sebagai seorang teman.

“Kalau boleh saya pun mahu beliau suarakan tanpa terlalu lantang sebab kang itu menjadi salah nilai pada orang.

“Saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik untuk beliau. Apa pun keadaan dan apa yang terjadi, Inspektor Sheila tetap teman baik saya. Biar beratus ribu orang berbicara tidak baik, beliau tetap saya hargai,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Sat, 20 Apr 2019

《声林之王 2》寻虎大会!422起展开大马网上招募

《声林之王 2》寻虎大会!网上招募马来西亚「声林猛兽」展开激烈「声存战」~

Featured Tue, 26 Nov 2024

Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”

Pelakon Fadhli Masoot teruja berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Trending Fri, 18 Feb 2022

Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Isu yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya. Memetik laporan Harian Metro, Hidayah ketika […]

Featured Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Rakam Di Abbey Road Studios, Kugiran Masdo Lancar Album Tahun Depan!

Semoga 2020 memberi kejayaan kepada Kugiran Masdo!

error: Content is protected !!