Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2024 @ 9:09pm

Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”

Pelakon Fadhli Masoot teruja berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Kata Fadhli yang juga memegang watak sebagai Hakeem menerusi filem prekuel Kahar: Kapla High Council, isterinya itu dijangka bakal melahirkan sekitar awal Disember ini.

Malah, segala persiapan telahpun dilakukan termasuklah barang-barang bayi dan jadual pekerjaannya sepanjang bulan Disember nanti.

“Saya dan isteri sedang bersama-sama menunggu hari untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami.

“Alhamdulillah sebab macam tiba-tiba masa bulan Disember tu ada offer nak buat filem tapi bila dah lock tu pihak berkenaan telahpun menganjakkan tarikh berkenaan.

“So, saya rasa okay untuk bulan Disember hingga hujung tahun ni Tuhan melapangkan jadual saya supaya boleh fokus kepada isteri saya.

“Apatah lagi dia sekarang memang memerlukan perhatian yang lebih. Sekarang ni pun perkakas dan barang-barang semua kami dah sediakan. Jadi saya minta doakan moga urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Fadhli berkongsi mengenai perkara itu buat pertama kalinya kepada umum ketika ditemui XTRA usai majlis sidang media filem tersebut yang berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai wataknya dalam filem Kahar: Kapla High Council, Fadhli berkata, dia tidak kisah jika ada pihak  mengatakan lakonannya sedikit ‘mellow’ berbanding tayangan series yang disiarkan sebelum ini.

Bahkan, ketika pengambaran berlangsung, dia juga mengalami kecederaan dibahagian lehernya.

“Lakonan dikatakan mellow sebab kalau anda perasan dalam banyak-banyak karakter, saya adalah heart of the stone which is saya adalah watak yang menjernihkan kekejaman yang dilakukan Kahar. Jadi saya tak kisah jika ada orang berkata demikian.

“Macam kecederaan tu mestilah ada…  cuma tak adalah kecederaan yang major. Macam scene kena hentak dekat almari tu sepatutnya dilakukan sebelum saya dipukul. Jadi saya takut nanti orang fikir yang bukan-bukan bila nampak kecederaan itu. Tapi kalau nak cakap pasal kecederaan lain memang tak ada,” jelasnya.

Sekadar info, filem Kahar: Kapla High Council bakal menemui penonton pada 20 November 2024.

Selain Fadhli, filem ini turut dibintangi barisan pelakon berbakat seperti, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Thompson Gu dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 Jan 2020

Kanak Yang Hilang Di Kajang Di Temukan Semula Dengan Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, […]

Trending Tue, 22 May 2018

Cuaca Panas Luar Biasa, 65 Maut Di Pakistan

Lebih meresahkan, orang Islam yang sedang menjalani ibadah puasa Ramadan dilihat ternanti-nanti waktu berbuka puasa kerana cuaca panas luar biasa itu amat mencabar buat mereka.

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
error: Content is protected !!