Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 13, 2024 @ 5:37pm

[VIDEO] Famili Duo 4: Naqiu Rahsiakan Pasangan Duo – “Minggu Pertama Baru Akan Diumumkan”

Selepas bersaing dalam beberapa program realiti, penyanyi Naqiu kembali menyertai pertandingan nyanyian Famili Duo 4 yang kembali bersiaran di TV3 pada 20 Oktober ini.

Namun begitu, pasangan duo yang bakal bergabung dengan Naqiu masih dirahsiakan dan hanya akan diberitahu pada minggu pertama Famili Duo 4.

Lima pasangan duo lain yang bakal bertanding adalah Shiha dan Ieda Zikir (adik beradik), Zahid dan Anne Baharudin (adik beradik), Didi Astillah dan Yazmin Aziz (sepupu), Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu) serta Tomok dan Sharul Kamal (sepupu).

“Buat masa ini, pasangan duo saya akan dirahsiakan dan ia bakal menjadi gimik produksi untuk minggu pertama.

“Apa yang boleh saya katakan, dia sebenarnya dia seorang penyanyi. Tapi ramai orang tak tahu dia penyanyi, terutamanya generasi baharu. Dia dua pupu saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk kembali menyertai program realiti biarpun baru sahaja menyertai sebuah pertandingan terbitan stesen televisyen berbayar tahun lalu, Naqiu mahu mencurahkan kreativiti di setiap persembahan.

“Saya gemarkan adrenalin apabila kita bertanding. Pertandingan memaksa saya untuk memerah kreativiti. Kalau saya tak masuk bertanding dan buat persembahan di pentas biasa sahaja, saya takkan mencurah dan memerah kreativiti saya.

“Kalau dulu saya terfikir, kenapa senior saya, Tomok selalu masuk bertanding? Apabila saya menyertai program sebegini, barulah saya tahu rasanya bagaimana. Ia membantu kreativiti sebagai penyanyi,” katanya.

Famili Duo 4 bakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

Fuh! Siti nak bawa muzik tradisonal ke pentas antarabangsa!

Trending Tue, 9 Jul 2019

Tahukah anda apa itu Wolbachia?

Ketahui strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Trending Wed, 15 Aug 2018

Lelaki Berlagak Pondan Bakal Kena Denda RM 1000

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Trending Sat, 10 Mar 2018

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya.

Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Bukan Saya Yang Songlap Duit RM70,000 Andi Bernadee” – Amir Hasan Terkejut Kena Serang Dengan Netizen

Penyanyi Amir Hasan mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai suspek kes songlap duit penyanyi dan pelakon Andi Bernadee. Semalam, Andi membuat laporan polis berhubung kerugian sebanyak RM70,000 yang dialami selepas ditipu oleh rakan baiknya sendiri. […]

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun. 

error: Content is protected !!