Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 15, 2025 @ 6:20pm

Aura AADC Kembali! ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Semula Suasana Cinta Era 2000-an

Fenomena cinta remaja era awal 2000-an kembali mencuri perhatian apabila filem terbaharu, Rangga & Cinta mengetengahkan semula suasana klasik yang pernah menghangatkan layar menerusi Ada Apa Dengan Cinta? (AADC).

Diarahkan pengarah tersohor Indonesia, Riri Riza bersama penerbit prolifik Mira Lesmana, filem terbitan Miles Films itu tampil sebagai karya periodik yang membawa penonton ‘mengundur masa’ ke zaman surat cinta, rindu bertulis dan renungan malu-malu.

Menurut Riri, pendekatan mengekalkan gaya visual 2000-an dilakukan bagi memastikan jiwa penceritaan tidak lari daripada elemen asal yang pernah memikat penonton.

“Filem ini menceritakan satu waktu yang sangat spesifik. Sikap mental wataknya juga masih sama seperti era itu,” katanya.

Sementara itu, Mira menegaskan estetika era tersebut adalah sebahagian identiti dunia AADC.

“Kalau visual dimodenkan, detik menunggu, pandangan jauh dan rindu tersimpan itu akan hilang,” jelasnya.

Walaupun sarat elemen retro, filem ini bukan sekadar bermain nostalgia. Ia turut menjadi jambatan kepada penonton muda untuk memahami bagaimana percintaan berkembang sebelum telefon pintar dan media sosial menguasai hidup.

Dengan sinematografi sederhana, tanpa efek berat atau filter moden, Rangga & Cinta memberi ruang kepada emosi, dialog dan kejujuran watak untuk menonjol.

Ketiadaan WhatsApp, voice note atau media sosial menjadikan konflik romantik dalam filem ini lebih realistik, rindu lebih panjang, salah faham lebih mendalam dan pertemuan tidak dijangka lebih bermakna.

Walaupun membawa semangat yang pernah mempopularkan AADC, filem ini hadir sebagai naskhah baharu yang menampilkan pelakon muda dengan interpretasi tersendiri, namun tetap mengekalkan DNA visual dan emosi yang membuatkan AADC kekal ikonik.

Rangga & Cinta kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, mengundang penonton mengimbau semula getaran cinta remaja yang tidak lekang dek masa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon “Clone”

Hampir semua telefon pintar diklonkan. Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Featured Tue, 10 Jan 2023

“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Orang jahil, akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu – Puteri Sarah Liyana 😢

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Featured Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Ridzuan Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah Kematian Arwah Isteri

Ridzuan Ridzokumura tidak berdiam diri bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah Arwah Akiko

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Farid Kamil Seolah Tak Sedar Apa Yang Berlaku

Yana Samsudin menegaskan Farid bukanlah seperti apa yang berlaku. Malah kontroversi yang terjadi turut membuka mata mereka sekeluarga dan tertanya mengapa ianya berlaku “Ia membuka mata semua orang termasuk kami ahli keluarganya yang sehingga ke hari […]

error: Content is protected !!