Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2025 @ 6:49pm

Hargai Setiap Sokongan, ‘A Letter From Ernie Zakri’ Hadiah Istimewa Untuk Peminat

Penyanyi terkenal Ernie Zakri bakal menghadiahkan satu pengalaman eksklusif dan penuh makna kepada para peminat setianya menerusi sebuah sesi istimewa berjudul ‘A Letter From Ernie Zakri’.

Program ini diwujudkan sebagai ruang pertemuan yang lebih peribadi, memberi peluang kepada peminat yang digelar Ernienators untuk bertemu Ernie dalam suasana mesra yang dekat di hati, sekali gus mencipta momen sarat emosi dan kenangan yang tersendiri.

Ia bukan hanya sekadar sesi bersemuka, tetapi sebuah perjalanan yang menggabungkan muzik, bicara dan penghargaan sebagai tanda kasih terhadap sokongan peminat.
Dalam sepucuk surat yang dikarang khas buat para peminat, Ernie meluahkan perasaannya dengan penuh kelembutan dan kejujuran.

Ernie menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada semua yang tidak jemu menyokongnya.

“Setiap senyuman, setiap tepukan tangan, setiap kata sokongan anda adalah cahaya yang menyinari perjalanan saya.

“Dalam detik-detik yang kita kongsi, saya merasai kehangatan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

“Saya ingin duduk bersama anda, berkongsi tawa, kisah, dan muzik dari hati saya. Tanpa anda, saya bukanlah siapa saya hari ini,” katanya.

Sesi eksklusif ini dijadual berlangsung pada Sabtu, 29 November 2025, dari jam 5 petang hingga 7 malam di Stage 1, PJPAC.

Tiket mula dijual pada Isnin, 10 November 2025, bermula jam 12 tengah hari melalui ONETIX, dengan harga serendah RM148 tidak termasuk yuran tambahan.

Program anjuran SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini memberi ruang kepada peminat untuk mendengar cerita, pesanan peribadi dan karya muzik Ernie dalam suasana intim yang jarang ditawarkan.

Sesi tersebut dijangka menjadi satu pengalaman bermakna, meninggalkan kenangan indah buat Ernienators sambil mengeratkan lagi hubungan antara Ernie dan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang perjalanan karier seninya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Namakan Filem ‘Tiada Tajuk’, Mawi Nafi Sengaja Reka Gimik

Tiada Tajuk merupakan filem komedi arahan pertama Mawi dan bakal berada di pawagam bermula 4 April depan!

Featured Tue, 14 Jan 2025

Selepas Lagu ‘Andai Tiada Dia’, Isyariana Bakal Jalin Kerjasama Dengan Komposer Indonesia

Ramai yang tidak menyangka Isyariana boleh menyanyi malah mempunyai suara yang sedap.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Trending Mon, 23 Aug 2021
Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Taylor Swift Mula Terima Hakikat…

Semoga Taylor Swift terus kuat dan sabar!

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Saya tak mahu pisahkan anak-anak dengan bapa mereka, kalau ada masalah beritahu – Bekas Menantu Zainal Abidin

Trending Fri, 10 Aug 2018

Tular Video Datuk Seri Aliff Syukri Menghukum Anaknya

Dato Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya kerana tegas mendidik untuk kebaikan mereka.

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
error: Content is protected !!