Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 18, 2025 @ 1:23pm

Muzik Video Kontroversi, Ustazah Asma’ Harun Hargai Tindakan Universal Music Malaysia & Kumpulan Dolla

Susulan teguran yang diutarakan sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menzahirkan penghargaan kepada pihak Universal Music Malaysia dan kumpulan Dolla atas keputusan menurunkan muzik video kontroversi di semua platform digital demi menghormati sensitiviti masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN:“Pakaian Ketat Melekat, Singkat & Terbuka”- Ustazah Asma’ Harun Tegur Kumpulan Dolla, Dakwa Makin Ghairah & Memalukan

ARTIKEL BERKAITAN:“Maksiat, Dosa Bukan Lagi Untuk Disembunyikan” – Penangan K-Drama ‘S-Line’, Ustazah Asma Harun Tegur Generasi Muda Sengaja ‘Londehkan’ Maruah Diri

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Asma’ menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah matang meskipun melibatkan kerugian kos serta tenaga produksi yang besar.

“Terima kasih kerana memilih jalan yang menghormati sensitiviti masyarakat dan imej negara.

“Saya ingin menyatakan penghargaan dan rasa hormat saya kepada Universal Music Malaysia atas tindakan menurunkan muzik video tersebut daripada semua platform digital,” katanya.

Tambahnya, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat dengan penuh tanggungjawab sekali gus mengucapkan terima kasih kepada anggota Dolla atas sikap profesional dan keterbukaan mereka menerima keputusan itu.

“Keputusan dan tindakan ini bukan mudah, ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga dan kerugian yang bukan sedikit. Namun pihak syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat Malaysia dan bertindak dengan penuh integriti.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Dolla atas keterbukaan menerima keputusan ini dengan jiwa yang besar. Tindakan ini mencerminkan profesionalisme, kematangan dan rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat serta nilai negara.

“Semoga langkah terhormat ini menjadi contoh kepada Syarikat Produksi dan para artis lain yang menjadi perhatian dan kebimbangan masyarakat.

“Semoga setiap keputusan yang mengutamakan nilai dan maruah menjadi pemangkin kepada industri seni yang lebih bermakna dan dihormati,” jelasnya.

Oleh itu, Asma’ berharap agar semua pihak terus menjaga dan menghormati jati diri masyarakat Malaysia.

“Langkah ini memberi harapan bahawa seni negara boleh diarahkan ke ruang yang lebih menghormati jati diri masyarakat Malaysia.

“Apabila penerbit, artis, penonton dan pihak berautoriti sama-sama memilih adab sebagai asas, maka InsyaAllah perubahan yang lebih baik akan terus berkembang.

“Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi bukti bahawa kita telah berusaha menjaga nilai tatasusila yang menjadi identiti Negara Malaysia yang dicintai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Trending Thu, 1 Oct 2020

Moratorium Kepada B40 dan M40

Korang setuju ke tak?

Trending Mon, 20 Apr 2020
Hiburan Fri, 1 Nov 2024

Berbangga Klinik Dapat Pengiktirafan MBOR, Ella Sentiasa Beri Sokongan Terhadap Kepentingan Penjagaan Hormon Wanita

Ella sentiasa memberi sokongan terhadap kepentingan penjagaan hormon bagi wanita.

Featured Tue, 19 May 2026
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Suami BCL Nafi Songlap Duit Syarikat RM1.7 Juta, Tiko Dakwa Bekas Isteri Belum Move On

Alamak apa kes pula ni… Hm moga semua isu cepat selesai

Hiburan Wed, 20 Nov 2024
error: Content is protected !!