Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 5:05pm

8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman

Penyanyi Irene Catalina kembali mewarnai industri hiburan selepas lapan tahun menyepi.

Pernah menganggotai kumpulan Angels pada tahun 2004 dan bergerak solo selepas itu, Irene yang kini 47 tahun menegaskan faktor usia bukan halangan untuk terus berkarya.

Menurut Irene, usianya menjadi nilai tambah dan keistimewaan yang membezakan dirinya daripada penyanyi lain, terutama apabila memilih untuk tampil dengan genre pop dance yang disuntik elemen hip-hop 90-an.

“Saya rasa lain daripada yang lain sebab saya sudah berumur, tapi saya bawakan lagu bertenaga macam ini. Umur 47 itu sendiri sudah jadi kelebihan untuk saya.

“Ada yang tanya, kenapa saya lama menyepi? Sebenarnya, tahun-tahun ‘senyap’ sebelum ini bukanlah kerana merajuk dengan industri.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya menumpukan perhatian kepada kerja di belakang tabir termasuk pengurusan acara serta tugas sebagai pengurus pemasaran.

“Dalam masa sama, saya masih memenuhi jemputan persembahan di majlis-majlis korporat sebagai sumber pendapatan tambahan.

“Tak ada istilah saya merajuk. Saya cuma fokus pada kerja belakang tabir. Dalam masa sama, saya tetap menyanyi di majlis korporat,” katanya.

Percaya perjalanan seninya masih jauh dan yakin dengan karya kreatif tidak mengenal batasan usia, Irene kini muncul dengan single Mau Apa Lagi.

“Saya sudah bersedia kalau ada yang mengkritik dan mengecam sebab bagi saya, seni memang tidak ada had umur. Saya rasa belum terlambat untuk kembali mewarnai industri. Saya juga bersedia menghadapi persaingan.

“Selepas lapan tahun tanpa single baharu, saya membuat kemunculan semula dengan lagu Mau Apa Lagi, ciptaan Bendittho. Lagu berkonsepkan pop dance dengan sentuhan hip-hop 90-an itu membawa semula vibe groove dan aura street style era tersebut dalam gaya moden,” katanya lagi.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan menggunakan gimik untuk menarik perhatian, Irene mengakui ia perlu dipertimbangkan kerana persaingan industri kini semakin sengit dengan kehadiran generasi baharu yang lebih muda.

“Kalau boleh saya nak elakkan gimik yang tidak perlu, tapi kalau satu hari nanti ia jadi keperluan, saya akan fikirkan juga. Bukan mudah nak bersaing dengan bakat-bakat baharu sekarang,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Jun 2020
Trending Sun, 11 Apr 2021

“Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Figura terkenal dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak kecewa apabila ada yang sudah lupa dirinya sebagai penyanyi. Memulakan kerjaya pada tahun 1989, Syafinaz mendedahkan ramai generasi muda yang mengenalinya sebagai guru vokal serta […]

Trending Wed, 12 Aug 2020

Cara Semak Status Rayuan BSH Fasa Ketiga

Ikuti cara untuk menyemak status rayuan BSH anda

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Awie Dedah Pernah Jadi Penari Zapin & Fleksibel Sebelum Bergelar ‘Rockers’ – “Saya Tak Tahu Bila Berubah Ganas”

Wowww fleksibel katanyahh! Min teringin pula nak tengok Datuk Awie menari zapin 😜 Hihiiii

Trending Mon, 5 Jul 2021

Rumah Tangga Shuk Sahar Kembali ‘Panas’, Isteri Dakwa Diugut & Disantau

Apa nak jadi lahhh…siap ugut dan hantar sihir tu!

Trending Mon, 10 Aug 2020

13 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan

Terus jadi masyarakat prihatin dengan patuh SOP!

error: Content is protected !!