Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 7:35pm

Pertembungan Malaysia & Indonesia… Byon Combat Vol. 6 Bakal Hangatkan Gelanggang!

Aksi pertarungan dua negara kembali menggugat pentas sukan tempur Asia! Selepas Malaysia tewas 8–1 kepada Indonesia pada Byon Combat Showbiz Vol. 4, pasukan Malaysia kini turun dengan tekad membalas dendam dalam Byon Combat Showbiz Vol. 6 yang bakal menggegarkan Tennis Indoor Senayan dengan 12 pertarungan sengit melibatkan tinju dan kickstriking pada 22 November ini.

Dalam tempoh dua tahun, Byon Combat terus mencipta fenomena apabila Vol. 5 menerima pengiktirafan MURI untuk transaksi Pay-Per-View tertinggi, membuktikan acara ini kini antara paling berpengaruh di Asia.

Pertarungan Utama: Drama, Ego & Misi Peribadi

Sidang Media 1 akan disiarkan secara langsung dan dijangka penuh provokasi awal sebelum masuk gelanggang sebenar.

Antara pertarungan paling ditunggu:

• Ronal vs Putra – Ronal yang menggila di Byon Madness berjanji tampil lebih ekstrem, manakala Putra nekad menamatkannya.
• Uncle Kong vs Secret Fighter (ICB International) – Heavyweight ganas ini kembali memburu tali pinggang menentang Nidal “King Joker”, petarung yang menjadi mimpi buruk infighter.
• Fahri vs Kabilan – Fahri berdepan “tembok hidup” dari Malaysia, walaupun ramai menganggap peluangnya tipis.
• Serieal vs Ammarul – Pertarungan terakhir Serieal menentang juara IFMA yang memiliki teknik hampir sempurna.
• Fabian Farhan vs Izat Zaki – Izat dikenali sebagai “mesin pemusnah”, manakala Farhan dari Indonesia berpengalaman di gelanggang Thailand.

Tujuh lagi pertarungan tambahan turut memanaskan suasana, antaranya kemunculan semula Jordan Boy, pertembungan ulangan Felmy Sumaehe dengan Tenkai Tsunami untuk tali pinggang WBA Asia, dan aksi Ongen Saknosiwi mempertahankan gelaran menentang Lito Badenas dari Filipina.

“Pencapaian 536,000 pembelian PPV membuktikan bahawa kita mampu mencapai sesuatu yang dahulu dianggap mustahil. Kini, kami kembali membawakan pertarungan bertaraf antarabangsa, Indonesia VS Malaysia, untuk kali kedua dan ini baru permulaan, kata Presiden BYON, Yoshua Marcellos

Sementara itu, Vidio kembali sebagai penyiar rasmi. Dhini W Prayogo, SVP Content Acquisition & Partnership Vidio berkata, “Di Vidio, kami sentiasa percaya bahawa dunia sukan pertarungan mempunyai daya tarikannya tersendiri… Mari saksikan sejarah secara eksklusif melalui Pay-Per-View di Vidio.”

Tiket acara mula dijual pada 30 Oktober 2025 dengan harga Rp150,000 hingga Rp1,800,000 melalui Kiostix. Akses Pay-Per-View pula ditawarkan bermula 31 Oktober pada harga RM17 menerusi Vidio. Acara ini bakal menjadi babak baharu pertembungan Malaysia–Indonesia dalam arena sukan tempur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Lepas ‘Bobo Di Mana’, Aliff Syukri Keluar ‘Cowok Baru’ Pula!

Katanya, pelancaran lagu ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia.

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Aura Luar Biasa Siti Nurhaliza, Baju Di TikTok Tular Sampai ‘Sold Out’!

Siti Nurhaliza beli baju di TikTok, ramai beli sampai sold out!

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Tue, 31 Dec 2019

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Trending Thu, 15 Feb 2018

12 ‘PANTANG’ EVERYONE MUST KNOW BEFORE THIS CHINESE NEW YEAR

Just like any other Asian cultures and celebrations, Chinese New Year has got quite a few do’s and don’ts too. Here are a few don’ts for your information just so you don’t accidentally do something silly.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

error: Content is protected !!