Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2025 @ 3:27pm

Tular Video Belakang Tabir Edry KRU Pengsan, Netizen Titip Kata Semangat – “Moga Allah Jaga & Beri Kesembuhan”

Keadaan kesihatan ahli kumpulan KRU iaitu Edry baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak apabila usai konsert berlangsung, Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.

Menerusi perkongsian video berdurasi 23 saat yang dikongsikan di TikTok, Edry dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital  terdekat, namun terpaksa menolak dek kerana permintaannya untuk hadir pada sesi Meet & Greet dan juga sidang media.

“Edry pengsan/pitam dan kekejangan otot lebih 45 min untuk stabil semula.

“Doktor saran ambulans terus ke hospital, strecher pun dah masuk Edry tetap kata dia okay dan nak habiskan kerja Meet & Greet dan sidang media.

“Cemas lah juga, lepas Edry sedar dia tak nak ke hospital sebab nak hadir ke acara itu,” tulis pada kapsyen berkenaan.

@acmalibrahim Edry pengsan/pitam dan kekejangan otot lebih 45min utk stabil semula, Doktor saran ambulans terus ke hospital, strecher pun dah masuk Edry tetap kata dia ok nak abiskan kerja Meet & Greet dan sidang media. Adoi #kru #genkrufinale2025 #genkru ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar keadaan kesiahtan Edry kembali pulih seperti sedia kala.

Malah, ramai yang beranggapan penyanyi itu terlalu penat ditambah pula dengan keadaan stadium yang terlalu panas.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Wed, 8 May 2019

Anak Belum Usia Setahun, Adira Mengaku Terkejut Hamil Lagi

Anak belum sampai setahun, Adira mengaku terkejut hamil lagi.

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 7 Feb 2024

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Inshaa-Allah, jodoh yang baik akan datang pada waktu yang tepat❤️

error: Content is protected !!