Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2025 @ 2:35pm

“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Menjawab pertanyaan mengenai sikap segelintir pihak yang sering memperlekehkan dirinya, Fazura dengan tenang menegaskan, setiap manusia berhak berkata apa sahaja, namun hal itu bukan lagi menjadi beban fikirannya.

“Apa mereka nak buat, mereka ada mulut, mereka ada tangan… itu urusan mereka dengan Allah.

“Dengan saya urusan saya dengan Allah,” katanya.

Menurut pelantun lagu Luar Biasa itu, fokusnya kini hanyalah kepada perjalanan hidup dan amalan yang dilakukannya sekali gus menolak pandangan negatif orang di luar sana.

“Saya hanya fokus dengan urusan saya dengan Allah. Itu sahaja,” jelasnya.

Tidak habis disitu, ketika disoal sama ada dia memilih untuk memaafkan individu yang mengkritiknya, Fazura bagaimanapun tampil memberikan jawapannya pada sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

“Whether or not.. saya nak maafkan mereka atau tidak tentang apa yang mereka katakan? Itu rahsia saya dengan Allah,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

‘Papa Selamat Ditemui, Terima Kasih Orang Gerik!’- Zahid Baharuddin

Terima kasih saudara mara di Teluk Intan yang bertungkus lumus mencari papa sehingga jumpa. Terima kasih juga pihak PDRM yang membantu. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Syukur ya Allah…

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni…

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Atikah Belajar Bahasa Sepanyol Untuk Drama Terbaharu

Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime (29 tahun) mengakui watak wartawan yang dipegang dalam drama terbaru lakonannya, arahan Faisal Ishak iaitu Poskad Dari Alhambra agak mencabar kerana wataknya menuntut Atikah supaya fasih berbahasa Sepanyol. […]

Selebriti Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!