Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2025 @ 4:00pm

Raja Azura Pasang Iklan Cari Bekas Suami, Minta Hadir Mahkamah Selesaikan Isu Nafkah Anak-Anak

Pengacara terkenal, Raja Azura mengambil langkah tegas dengan menyiarkan iklan pencarian di akhbar bagi menjejaki bekas suaminya, Adzmin Osman, demi menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Raja Azura atau nama lengkapnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, langkah itu diambil selepas bekas suaminya yang sehingga kini masih tidak tahu keberadaannya masih enggan memberi sebarang kerjasama untuk penyerahan dokumen secara baik sebelum ini.

“Penyerahan afidavit tidak berjaya kerana dia tidak memberi maklum balas, jadi saya terpaksa memohon penyampaian ganti. Iklan itu sudah disiarkan pada Rabu, dan saya berharap dia hadir untuk menjelaskan isu nafkah anak-anak di mahkamah,” katanya.

Raja Azura berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH 37) di Menara Kuala Lumpur.

Mengulas lebih lanjut, Raja Azura menjelaskan, penyiaran iklan tersebut adalah perintah mahkamah, bagi memastikan Adzmin dimaklumkan tentang tarikh sebutan kes yang telah ditetapkan pada 3 Disember ini.

“Bila iklan dah keluar, barulah saya boleh beritahu umum kerana itu perintah mahkamah. Saya harap dia hadir dan selesaikan apa yang perlu.

“Dia kena datang sendiri dan buat pengakuan tentang hutang nafkah tertunggak sebelum kes boleh diteruskan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raja Azura menepis dakwaan dirinya merayu, dia menegaskan sebaliknya hanya mahu isu nafkah anak-anak dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya bukan merayu… tidak. Saya cuma mahu dia hadir. Saya pun tak tahu dia di mana, dan kalau saya cari sendiri, nanti jadi gaduh. Saya nak cara yang damai dan tenang. Kami pun dah berumur, takut nanti terkejut sakit jantung,” ujarnya.

Raja Azura dan Adzmin yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 sebelum bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Mar 2019

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

Misha, Aina, Ernie & Syamel Antara 10 Seterusnya Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Selepas 10 lagu pertama yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan pada minggu lalu, 10 lagu seterusnya diumumkan pada hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang […]

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Tue, 10 Dec 2019

Hentikan Guna Plaster Tradisional Arahan Dari KKM

Plaster Tradisional Ini Dikesan Mengandungi Diphenhydramine

error: Content is protected !!