Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2025 @ 3:31pm

Raja Azura & Shiha Zikir Ganding Tenaga Hangatkan Malam Kemuncak ABPBH 37

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 bakal menjadi medan gandingan dua generasi selebriti ternama yang dijangka mencipta suasana eksklusif, intim dan penuh bertenaga.

Penganjur ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan mengesahkan kembalinya Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, yang terakhir kali mengendalikan ABPBH pada edisi ke-25 pada 2012, sebagai pengacara.

Dikenali sebagai Kak Engku, Raja Azura mencatat rekod mengendalikan ABPBH selama tujuh tahun dan kini bakal menyuntik pengalaman serta kepetahan sebagai hos berpengaruh. Lebih istimewa, Raja Azura turut dicalonkan sebagai finalis Aktres Pembantu TV Popular.

Bergandingan dengan Raja Azura, penyanyi berbakat Shiha Zikir atau Nurshiha Mohd Zikir, yang mencipta nama menerusi program realiti di Indonesia dan pernah beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), bakal menghangatkan pentas dengan aksi bersahaja serta energi luar biasa.

Malam kemuncak ABPBH 37 bakal berlangsung di Premiera Hotel Kuala Lumpur, disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton pada jam 9 malam, Jumaat, 12 Disember.

Acara karpet merah pula akan dibawakan oleh Ariana Yusof dan penyampai berita Amirulhakim Lokman secara langsung melalui MBuzz Terhangat bermula jam 8 malam.

Barisan penyampai trofi turut menampilkan selebriti popular termasuk pasangan suami isteri Fattah Amin dan Amira Othman, bintang serba boleh Daiyan Trisha, pelakon muda Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, serta personaliti seperti Zarif Ghazzy dan Fiza Sabjahan.

Acara malam kemuncak turut diserikan dengan persembahan artis pelbagai generasi seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Afieq Shazwan, Tajul, serta pasangan adik-beradik Amira dan Irfan Haris.

Selain itu, penganjur juga merangka aktiviti pra-kemuncak untuk mendekatkan artis dengan peminat termasuk ABPBH 37 #SatuBusking di Kompleks Sogo serta sesi ramah mesra di kafe Dome di Lalaport, Kuala Lumpur dan IOI City Mall, Putrajaya.

Menurut Pengarah ABPBH 37, Shamshul Azree Samshir, edisi kali ini lebih intim dan eksklusif, memberi peluang penggiat seni berinteraksi dengan peminat serta mengekalkan ABPBH sebagai penanda aras populariti artis di Malaysia.

ABPBH 37 mempertandingkan 16 kategori utama termasuk Artis Baharu, Penyanyi, Aktor/Aktris Filem dan TV Popular, serta lima kategori Ekstra! seperti Gandingan Serasi Drama/ Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan Seller Terpaling Popular.

Undian finalis masih dibuka sehingga 11.59 malam, 9 Disember 2025 melalui laman web www.tonton.com.my dan www.abpbh.com.my, termasuk pakej undian gandaan sehingga 30,000 undian bagi pengguna langganan Tonton bernilai RM137, dengan peluang menyertai sesi beramah mesra bersama artis kegemaran.

Dengan kombinasi pengacara berpengalaman, barisan penyampai dan persembahan bertenaga, malam kemuncak ABPBH 37 dijangka menjadi acara hiburan paling dinanti tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023

Individu Perlekehkan Siti Nurhaliza… Bandingkan Penyanyi Lokal Dengan Blackpink, Ernie Zakri & Hael Husaini Luah Rasa Kecewa – “Jangan Cakap Pasal…”

Amboiii, beraninya petik nama penyanyi nombor satu negara kita 🥵🥵 Konsert Blackpink tak dapat kalahkan konsert TokTi tau 🤪

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 8 Sep 2021
Featured Wed, 24 Sep 2025
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

Featured Fri, 4 Jun 2021

Kekal Anggun Menawan, Tengku Permaisuri Norashikin Sambut Ulang Tahun Ke-50

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  menyambut ulang tahunnya yang ke-50 hari ini. Ucapan ulang tahun Tengku Permaisuri Norashikin diumumkan menerusi laman Selangor Royal Office. Walaupun baru mencecah usia 50 tahun namun Tengku Permaisuri […]

error: Content is protected !!