Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 28, 2025 @ 12:27pm

Bakal Jalani Rawatan Radioterapi 33 Kali, Shahronizam Noor Reda Hidap Kanser Tahap Dua – “Ketumbuhan Tulang Makin Ganas…”

Pelakon Shahronizam Noor dilaporkan menghidap kanser tulang tahap dua selepas melalui beberapa siri pemeriksaan.

Menurut Shahronizam, dia reda dengan ujian yang dilalui sekali gus mengakui akan mula menjalani rawatan radioterapi bagi penyakitnya itu.

“Kalau keputusannya positif kanser, saya terpaksa ada buat rawatan mungkin radioterapi. Sekarang ini, saya reda sahaja.

“Benda dah jadi, rezeki kita dan bahagian kita. Saya terima apa yang sudah ditetapkan Allah kerana pengakhirannya, kita semua akan mati juga.

“Tapi selagi hidup kita ikhtiar dan berubat,” katanya.

Manakala, kata isterinya yang juga penyanyi Safura, keputusan biopsi ketumbuhan scapula atau tulang belikat yang dialami suaminya merupakan kanser tahap dua.

“Assalamualaikum, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua.

“Ketumbuhan tulang adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik.

“Jadi, dia (Suami) akan jalani rawatan radioterapi pada penghujung tahun ini sebanyak 33 kali. Dan selepas itu tengok keputusannya macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, Safura memaklumkan proses rawatan suaminya bermula selepas mendapatkan pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Ampang, sebelum dirujuk ke Hospital Ampang.

Dan, pada 12 September lalu, Shahronizam menjalani ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Siti Nurhaliza terima 329 anugerah & duduki tempat ke-27! Fuhhhhh, terbaik!

Featured Tue, 24 Jun 2025
Selebriti Fri, 14 Nov 2025

Baru 3 Bulan Bersalin Anak Sulung, Perkahwinan Haqiem Stopa Didakwa Berantakan? Aireena Sofia Kunci Mulut

Isteri kepada Haqiem Stopa, Aireena Sofia memohon doa yang baik-baik.

Trending Sun, 7 Jan 2018

青苔壁画:独一无二的街头涂鸦

除了一般的颜料之外,艺术家常常会用一些生活周遭的物品来当作素材作画。就像这名来自英国的艺术家 Anna Garforth,她就以青苔为媒材,搭配自己的巧手打造出一幅又一幅的青苔壁画。

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]

error: Content is protected !!