Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2025 @ 8:00pm

Beraksi Dalam Teater Muzikal Alumni ASWARA, Asmidar Hidupkan Naskhah ‘Paduka Cik Siti’

Selebriti serba boleh, Asmidar muncul sebagai pusat perhatian dalam pementasan teater muzikal Paduka Cik Siti, produksi terbaharu Persatuan Alumni ASWARA yang diterbitkan bersama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Institusi seni itu terus mengukuhkan peranannya sebagai penjaga warisan budaya tradisional dan moden dengan mengangkat kisah legenda pemerintah wanita abad ke-17, Paduka Cik Siti Wan Kembang.

Pementasan arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini membawa penonton menyelusuri perjalanan epik pemerintah yang dikaitkan dengan simbol Kijang Emas, sambil menonjolkan tema keberanian, kasih sayang dan pengorbanan dalam pentadbiran negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Che Kem menjelaskan kisah ini menonjolkan kekuatan seorang raja wanita yang terpaksa menghadapi tekanan dalaman serta ancaman luar.

“Semangat dan keteguhan pemerintah ini luar biasa. Segala kepentingan diri diketepikan demi rakyat. Pemerintahannya bukan sahaja mengangkat kemasyhuran negeri, tetapi turut melawan prejudis pembesar lelaki dan mempertahankan kedaulatan daripada ancaman Siam,” katanya.

Asmidar Dipilih Kerana Suara Emas, Karisma dan Keupayaan Lakonan

Asmidar dipilih membawa watak Paduka Cik Siti Wan Kembang atas kekuatan vokal yang kaya dengan tradisi serta keupayaan lakonan pentas yang terbukti.

Latar belakangnya dalam vokal klasik, selain pengalamannya dalam muzikal seperti P. Ramlee, Puteri Gunung Ledang dan Dendam Laksamana, menjadikannya pilihan ideal.

Menurut Che Kem, watak ini menuntut kematangan, kewibawaan dan keanggunan seorang pemimpin wanita, ciri-ciri yang dimiliki Asmidar. Selain itu, kemahirannya dalam silat memberi nilai tambah kepada persembahan.

Di samping Asmidar, Dr Norzizi Zulkifli memegang watak Seri Banun, ibu kepada Cik Siti Wan Kembang, sekali gus memperlihatkan sisi baharu Norzizi sebagai pelakon muzikal.

Antara pelakon lain ialah Taqim Zaki sebagai Panglima Merah, watak yang sentiasa mendampingi Cik Siti Wan Kembang.

Syukor Ibrahim Bachik tampil dengan kekuatan vokal sebagai pelakon muzikal, manakala Sharul Mizad menghidupkan watak Raja Siam yang terkenal dengan aura pentas yang kuat.

Tradisi Bertemu Kontemporari

Muzikal ini menampilkan gabungan elemen seni tradisional seperti mak yong dan wayang kulit dengan teknologi pentas moden, disokong rekaan produksi yang dinamik. Muziknya mengekalkan roh tradisional sambil diberikan pendekatan kontemporari, menjadikannya sesuai untuk khalayak pelbagai peringkat usia.

Produksi ini turut menghimpunkan tenaga kreatif alumni ASWARA daripada kumpulan awal hingga generasi baharu merangkumi bidang muzik, teater, tari, seni reka dan persembahan.

Pengarah Muzik, Suflan Faidzal Arshad, dikenali dengan pengalaman luas dalam seni tradisional dan moden, termasuk ciptaan lagunya Badarsila yang dipopularkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Koreografi pula dihasilkan Azura Abal Abbas dan Failul Adam, menawarkan gerak yang penuh jiwa Melayu.

Che Kem menegaskan fokus utama produksi ialah penyampaian sebuah muzikal yang mudah diikuti, kaya dengan elemen dramatik, teknologi dan visual yang memukau.

“Kami mahu penonton menikmati kisah ini dengan gabungan cinta, duka, komedi dan aksi. Lagunya mudah dihayati dan kami harap penonton pulang dengan rasa puas,” katanya.

Jadual Pementasan

Teater muzikal “Paduka Cik Siti” akan dipersembahkan bermula dengan Malam Gala pada 19 Disember, jam 8.30 malam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Persembahan diteruskan pada 20 Disember (3 petang dan 8.30 malam) serta 21 Disember (3 petang).

Kategori tiket ialah Paduka Cik Siti (RM150, 71 kerusi), Seri Banun (RM120, 114 kerusi), Prasat Thong (RM80, 198 kerusi) dan Puteri Saadong (RM40, konsesi, 122 kerusi). Tiket boleh diperoleh melalui cloudjoi.com.

Sinopsis

Kisah ini mengangkat perjuangan Paduka Cik Siti Wan Kembang, pewaris tunggal takhta yang mengambil alih pemerintahan selepas kemangkatan Raja Husein demi menunaikan amanah ayahandanya Raja Ahmad.

Walaupun menerima pelbagai lamaran daripada raja-raja luar, Cik Siti Wan Kembang tetap memilih tanggungjawab sebagai pemerintah negeri. Sebagai raja wanita, pemerintahannya sarat cabaran, termasuk dipersoalkan pembesar, diancam kerajaan Siam dan menyembunyikan perasaan cinta demi kestabilan negeri.

Kisah ini bukan sahaja tentang kepemimpinan seorang wanita, tetapi juga pengorbanan yang meletakkan negeri mengatasi kehendak hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

张惠妹《装醉》MV登场 演技爆发大展”神经质”耍坏

张惠妹最新R&B慵懒曲风的《装醉》MV终于登场啦!再度与MV导演陈宏一合作的A-mei笑称“神经质的导演跟神经质的歌手配在一起,绝配!”

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]

error: Content is protected !!