Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2025 @ 12:16pm

Mimi Fly Respons Isu Penarikan MV Dolla – “Apa Yang Berlaku Mematangkan Diri”

“Jika buat lagu dalam bahasa lain mungkin tak mengapa tetapi sebab guna bahasa kita”.

Demikian respons penyanyi berbakat, Mimi Fly ketika ditanya mengenai isu penarikan semula muzik video Kumpulan Dolla baru-baru ini.

Kata Mimi, insiden itu sebenarnya membuka ruang untuk semua pihak menjadi lebih matang dan sensitif dalam berkarya, terutama apabila menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan utama.

“Jika buat lagu dalam bahasa lain mungkin tak mengapa tetapi sebab guna bahasa kita.

“Sesetengah orang berpendapat biarlah mereka nak buat hal sendiri, tapi kita kena sedar kita menyanyi dalam Bahasa Melayu.

“Namun, apa yang berlaku sebenarnya boleh mematangkan diri,” katanya.

Mimi berkata demikian ketika ditemui usai pelancaran muzik video Temberang yang diadakan di Heritage Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengakui simpati dengan nasib yang menimpa kumpulan Mpop itu, Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norisham, 39, berkata, dia juga turut berasa sedih apatah lagi dia sangat teruja apabila Dolla wujud dalam industri muzik tanah air.

“Bukan senang nak ada kumpulan seperti Dolla di negara kita.

“Saya harap selepas ini kerjaya mereka akan lebih cemerlang. Dan kita doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai tindakan pantas yang dibuatnya selepas muzik video Serumpun diturunkan sebelum ini gara-gara menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet, Mimi menjelaskan, dia beruntung kerana memiliki banyak baju sehinggakan boleh membuat rakaman semula.

“Selepas video itu menjadi pertikaian, saya minta pasukan produksi turunkan dan kita hasilkan versi sesuai untuk tontonan umum.

“Malah yang tak buat ibu bapa rasa meluat atau risaukan anak-anak mereka sebab tengok muzik video tu.

“Saya beruntung ada banyak baju, jadi boleh buat rakaman semula. Dalam masa sama, saya bersyukur melalui pengalaman itu.

“Saya banyak muhasabah diri. belajar dari pengalaman dan bila keluar dengan lagu baharu, saya dah boleh suarakan  pada pasukan glam saya apa yang saya mahukan. Hasilnya karya menjadi semakin kemas dan ada isi,” ujarnya.

Terdahulu, Universal Music Malaysia menurunkan video muzik single terbaharu artis naungannya, iaitu kumpulan Dolla berjudul Question yang dikritik tidak sesuai dan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton tempatan.

Universal Music Malaysia mengambil keputusan menurunkan video itu daripada semua platform digital sebagai langkah bertanggungjawab serta demi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Bahkan, keputusan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyuarakan kebimbangan tentang pemakaian artis beragama Islam yang tidak selari dengan garis panduan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Jan 2020
Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Jom Karaoke Lagu ‘Aduh’ & Menang RM 1000!

Penyanyi Zamani melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke bersempena dengan single terbaharunya, Aduh yang kini berada di seluruh cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia. Menerusi sebuah kenyataan media, penyertaan amat mudah […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanie💋👶🏻🤍♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

Events Fri, 2 Nov 2018

爱国演唱会RM88,888款项捐《大马希望基金》

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》圆满举行;主办单位把筹得RM88,888款项捐予《大马希望基金》,由原产业部长郭素沁见证并接收模拟支票。

Featured Tue, 6 Sep 2022

Ayda Jebat Nafi Berkahwin Sebab Harta – “Isteri Tak Boleh Bergantung Pada Duit Suami Semata”

Amboii, siapa yang cakap Ayda kahwin sebab harta ni? Apapun min suka tengok pasangan bahagia ni 🥰

Trending Sat, 26 Dec 2020
error: Content is protected !!