Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 19, 2018 @ 10:50am

Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini

Sokongan GPU Turbo telah diumumkan pertama kali oleh Huawei pada semasa memperkenalkan peranti Honor Play pada Jun yang lepas. Baru-baru ini pula, Huawei telah mengumumkan peranti–peranti keluaran mereka dan Honor yang akan menerima sokongan tersebut.

Salah satu daripada peranti berkenaan adalah Honor 10. Ia merupakan peranti kelas perdana keluaran terkini Honor yang lebih menfokuskan kepada kualiti gambar pada asalnya. Tapi, berdasarkan kebolehan yang ada pada sistem cipnya, peranti ini turut menjadi pilihan untuk penggemar permainan video.

GPU Turbo akan membantu peranti untuk mengoptimumkan prestasi grafik dan penggunaan kuasa bateri semasa bermain permainan video. Ia dikatakan akan memberi lebih kepuasan dan keselesaaan kepada pemain.

Selain GPU Turbo, Honor 10 turut akan menikmati teknologi penstabilan imej automatik atau AIS bagi mempertingkatkan kualiti gambar dan video yang diambil. Ia sekaligus akan mengurangkan kesan kabur dan gegaran yang tidak diingini pada gambar dan video.

Teknologi ini juga didakwa mampu mencapai sehingga 98% ketepatan dalam menentukan sama ada peranti sedang dipegang dengan tangan atau alat sokongan semasa mengambil gambar atau video. Ia juga dikatakan mengambil masa selama 0.2 saat untuk berfungsi.

Sebagai peringatan, Honor 10 hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970, skrin IPS LCD 5.84 inci FHD+, kamera utama dwi-lensa 16MP + 24MP dengan teknologi AI, kamera hadapan 24MP serta bateri dengan kapasiti 3,400 mAh.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 31 Mar 2018

Cara Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Mencari gambar menggunakan Google Image adalah perkara yang biasa kita lakukan tiap kali ingin mencari sesuatu gambar di laman internet. Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna […]

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Mon, 2 Jul 2018

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

HMD Global sebelum ini sudah beberapa kali memberi jaminan bahawa semua peranti Nokia keluaran mereka akan menikmati kemaskini sistem Android terbaru dari Google iaitu Android P. Sehubungan dengan itu, menurut laporan terkini daripada laman sesawang nokiapoweruser.com, kemaskini tersebut mungkin akan […]

TECH Wed, 12 Sep 2018

史上最酷的球鞋诞生!让你走路自带动画的Shiftwear

热衷于收集球鞋的人绝对不能错过这双!来自纽约的创业团队—ShiftWear 开发出一款号称史上最酷的球鞋,鞋面两方搭载「电子墨面板」,透过操作专属APP,不仅能轻松更换鞋身的图案设计,还能放上一段动画。

TECH Fri, 29 Nov 2019

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa cipta applikasi ni.

TECH Sun, 4 Mar 2018

Tips Hentikan Aplikasi Luar Daripada Mengakses Akaun Facebook

Tahukah anda bahawa pendaftaran aplikasi pada peranti pintar dengan menggunakan akaun Facebook berkemungkinan akan menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah?

TECH Thu, 15 Aug 2019

Cara Mudah Cari Arah Kiblat

Bagusnya  Qibla Finder ni dapat bantu cari arah kiblat

TECH Fri, 14 Dec 2018
TECH Fri, 3 Aug 2018

Kongsi Fail Daripada “Pendrive & Harddisk” Dengan Modem WiFi Rumah

Kepada anda yang ingin berkongsi fail jenis video atau muzik yang bersaiz besar daripada “hardisk” mahupun “Pendrive”, berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk berkongsi fail – fail daripada cakera keras anda menggunakan modem WiFi di rumah.

Automobile Wed, 6 Jun 2018

你必须知道关于轮胎的一些小贴士!

很多人认为轮胎扮演着无足轻重的角色,这点是大错特错的想法!一台车可否刹得住则需要视乎轮胎,因为轮胎……

error: Content is protected !!