Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 5, 2025 @ 4:04pm

Tersenarai Dalam Google Trends 2025 Malaysia, ‘Keluarga Itu’ Jadi Drama Melayu No 1!

Drama ‘Keluarga Itu’ terus membuktikan kekuatan jenama TV3 apabila diangkat sebagai Drama Melayu No. 1 tahun ini.

Naskhah popular itu turut melakar satu lagi kejayaan besar apabila berada di kedudukan No. 7 dalam senarai Google Trends 2025 Malaysia untuk kategori drama, menandakan pengaruhnya yang begitu meluas di kalangan penonton tempatan.

Kejayaan berganda ini mengukuhkan lagi posisi TV3 sebagai peneraju utama dunia drama Melayu yang sentiasa menjadi pilihan penonton.

Kecemerlangan drama ini digerakkan oleh arahan Erma Fatima yang terkenal dengan gaya penceritaan penuh ketelitian dan emosi mendalam.

Sentuhan kreatifnya diterjemahkan dengan begitu kuat melalui persembahan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Duerra Mitilda dan Melissa Campbell.

Setiap watak digarap dengan begitu hidup sehingga penonton melekat pada setiap konflik, kasih sayang dan pergelutan emosi yang dipaparkan.

Tidak hairanlah media sosial dipenuhi pujian, ada yang menyifatkan Keluarga Itu sebagai “drama paling real tahun ini,” selain memuji keserasian pelakon yang dianggap luar biasa dan kemampuan setiap episod meninggalkan impak yang kuat.

Salah satu aspek yang paling menarik perhatian ialah lakonan Rosyam yang menjadi antara faktor utama kejayaan drama ini. Wataknya yang sarat konflik memberi kesan besar kepada penonton sehingga ramai meluahkan rasa ‘geram’, tanda keberkesanan penceritaan yang mampu membuat penonton benar-benar tenggelam dalam dunia drama tersebut.

Fenomena Keluarga Itu membuktikan TV3 bukan sekadar menerbitkan drama, tetapi mencipta karya yang menjadi perbualan masyarakat dan sebahagian daripada budaya tontonan negara.

Dengan sambutan cemerlang serta lonjakan digital yang konsisten, TV3 mengukuhkan lagi statusnya sebagai rumah drama paling berpengaruh di Malaysia, terus memimpin, memperbaharui dan mendominasi landskap hiburan tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Kisah Viral Sun, 8 Mar 2026

Waktu Solat Malaysia Tampil Dengan Langganan Tanpa Iklan, Artikel Dalam Aplikasi Sempena Ramadan

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan langganan tanpa iklan serta ciri artikel dalam aplikasi sempena Ramadan 2026.

Featured Sat, 26 Mar 2022
Trending Wed, 10 Apr 2019

“Saya Masuk Sempadan Bunian”- Netizen Kongsi Kembali Kisah Remaja Hilang Di Broga

Mohd Azarul Mukhriz yang hilang di Broga mengakui dijaga oleh keluarga bunian

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Giliran Anak Amar, Amyra Ada Program TV Sendiri

Kini giliran anak pasangan selebriti Amar Baharin-Amyra Rosli pula! Comel habis baby depa tau.

Featured Thu, 25 Feb 2021
Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。

error: Content is protected !!