Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2025 @ 10:26am

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

Menurut Nabila menerusi hantaran di Threads, sejak berjinak-jinak membawa anaknya sulungnya, Nik Muhammad Nik Iruwan keluar, barulah dia memahami situasi dialami para ibu bapa yang terpaksa berdepan kesukaran apabila lif dipenuhi golongan muda yang mengambil kesempatan untuk bermanja-manja.

“Saya ni jarang sekali bawa Muhammad keluar ke mall. Baru-baru ni je kerap.

“Dan baru sekarang saya faham bila parents yang bawak anak kecil (with stroller) marah sebab lift penuh. Lagi pula penuh dengan young couple nak bermanja manja dalam lift or anak muda yang sihat tubuh badannya,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Balas Balik itu juga sempat menitipkan pesanan agar setiap individu mempunyai rasa empati yang tinggi apatah lagi ketika menggunakan kemudahan yang disediakan termasuklah tidak menghalang atau menganggangu laluan.

“Sambungan topic lift malam tadi. Kalau kau orang nak masuk lift kan, bagi lah yang kat dalam lift tu keluar dulu. Kalau dah semua masuk, yang dalam tak boleh keluar. And sempit lah. Ye tak?,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali DM Cha Eun-Woo, Ajak Kolaborasi Muzik Video Bersama 

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Kita Terlalu Baik Orang Akan Ulang Kesalahan Sama”- Nabila Razali

ARTIKEL BERKAITAN:“I Am Work In Progress, Bukanlah Malaikat” – Nabila Razali Backup Rakan Rai ‘Bachelorette Usrah’

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Persoal Ciri-Ciri Manusia Toksik, Minta Tips Dari Netizen ‘Handle’ Golongan Ini – “Apa Korang Kena Buat?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Alha Alfa Minta Jangan Bandingkan Greta Thunberg & Aktivis Malaysia – “Yang Cakap Lebih-Lebih Tu Jom Join Next Wave!”

Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hanya mampu menyokong dan mendoakana dari jauh sebaiknya kita tidak terus membuat kesimpulan dengan tindakan mereka.

Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di […]

Events Fri, 15 Mar 2019

王力宏再任马宣明会大使!「炫富」助养16名孩童

王力宏再次出任马来西亚世界宣明会爱心大使,热心公益的他直言“助养16名孩童比物质的「炫富」显得更有意义。”

Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

error: Content is protected !!